Thursday, May 22, 2014

Utusan Borneo 22 Mei 2014: TERAP NILAI ANTI RASUAH DALAM KALANGAN PELAJAR UMSKAL

Utusan Borneo 22 Mei 2014:
TERAP NILAI ANTI RASUAH DALAM KALANGAN PELAJAR UMSKAL

CERAMAH INTEGRITI DAN ANTI RASUAH (CITRA)
AKTIVITI SPRUMS KAMPUS LABUAN


KERATAN SURAT KHABAR Utusan Borneo 22 Mei


LABUAN: sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Sabah (SPRUMS) Cawangan Kampus Antarabangsa Labuan menganjurkan program 'Ceramah Integriti Dan Anti Rasuah (CITRA) ', baru-baru ini.

Timbalan Pengarah UMSKAL Dr Geoffrey Harvey Tanakkinjal yang mewakili Pengarah UMSKAL Prof. Madya Dr Ismail Ali merasmikan program itu di Podium B, Bangunan Menara UMSKAL.

Ceramah disampaikan oleh Nur Shafika Julia dari Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Kota Kinabalu dan wakil dari SPRM labuan Noradimah Kassim.

Hadir sama wakil Bahagian Hal Ehwal Pelajar UMSKAL, Roji Sinun, Penyelaras Program Mohd Nurizal Jumat dan Prngarah Program Corina Irish Jennis.

Mohd Norizal berkata, program yang julung kalinya diadakan di UMSKAL itu bertujuan menerapkan nilai anti rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi dan pelajar-pelajar serta mendedahkan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) Kepada program-program pencegahan rasuah.

Beliau berkata, Program itu juga untuk menjadikan pelajar IPTA sebagai penyampai mesej anti rasuah kepada masyarakat kampus dan luar kampus,serta meningkatkan kesedaran dan penghayatan terhadap nilai-nilai integriti semasa menjalankan tugas. 

Sementara itu, Corina mengucapkan terima kasih kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UMSKAL dan pengarah UMSKAL, Prof Madya Dr Ismail Ali yang memberi peluang kepada mereka menjalankan program itu.


Program itu juga melibatkan sembilan pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Labuan dan 62 Mahasiswa UMS Labuan.

No comments: