ORGANISASI

PENGENALAN


     Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sentiasa komited melaksanakan program pendidikan khususnya kepada pelajar bagi mewujudkan masyarakat bermoral, beretika dan berintegriti.

         Selaras dengan pembangunan pesat dalam pelbagai aspek termasuk belia dan pelajar kesan daripada transfomasi kerajaan, peranan pelajar atau mahasiswa yang akan mewarisi kepimpinan masa depan negara amat dituntut untuk meneruskan perjuangan menentang rasuah.

         Dengan meletakkan integriti sebagai kayu ukur, melahirkan mahasiswa menjadi generasi yang amanah, berwawasan, berintegriti dan berpengaruh, Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) mampu memainkan peranan lebih berkesan dalam menyampaikan mesej anti rasuah kepada masyarakat keseluruhannya. Ini bertetapan dengan situasi mahasiswa yang boleh dibentuk, diasuh dan dilentur ibarat rebung belum menjadi buluh. 

         Justeru, mahasiswa perlu dididik dan disemai dengan nilai-nilai murni dan etika sebagai asas pembangunan minda. Satu daripada nilai itu ialah sikap membenci rasuah. Bagi pelajar yang menuntut di Universiti Malaysia Sabah, mereka akan berkerja dan menjadi pemimpin dan membuat keputusan yang bakal membangunkan negara yang bebas daripada rasuah pada masa hadapan setelah tamat pengajian. Walau bagaimanapun, semasa di alam pembelajaran, pelajar juga terdedah dengan risiko rasuah. Bakal-bakal graduan yang bakal menjadi pembuat keputusan perlu dibekalkan dengan ilmu berkaitan pendidikan anti rasuah dan nilai integriti. 

         Justeru SPRM menubuhkan Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Sabah kerana akan secara tak langsung pelajar boleh bertindak sebagai key communicator kepada SPRM dalam usaha memperhebatkan pendidikan anti rasuah.

    
    Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Sabah ( SPR UMS ) merupakan sebuah Gugusan Sekretariat yang telah ditubuhkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) dan Universiti Malaysia Sabah ( UMS ).
    Kami amat menggalakkan Mahasiswa untuk turut sertai kami bersama memperjuangkan dan menggalas tugas yang murni ini sehingga tercapai VISI dan MISI. Pelbagai Ilmu pengurusan, pencaturan dan penyelesaian masalah dapat dipelajari, malah dapat membantu meningkatkan soft skill diri untuk bertugas kelak sebagai seorang pekerja.Akan tetapi, ahli SPR  mendapat keistimewa di medan pekerjaan nanti kerana mereka akan dilengkapi ilmu anti Rasuah yang mantap yang dapat digunakan dalam membentuk sebuah negara yang bebas daripada gejala Rasuah. Jangan risau akan kenegativan kerana pelbagai perkara positif bakal di prolehi.

No comments: