Thursday, January 31, 2013

Kita Perlu Laporkan Rasuah!!!!


Panduan memberi maklumat yang berkualiti
  1. Memastikan maklumat yang diberikan adalah dibawah bidang kuasa SPRM. SPRM hanya boleh bertindak ke atas maklumat yang dibawah bidang kuasa SPRM. Ketahui lanjut bidang kuasa SPRM.
     
  2. Memberikan maklumat yang menjurus dan tidak terlalu umum. Kumpulkan maklumat dan sampaikan isi penting seperti:
    • Bila kejadian berlaku (When)
    • Dimana kesalahan dilakukan (Where)
    • Siapa yang terlibat dan yang boleh membantu (Who)
    • Apa kesalahan yang dilakukan (What)
    • Kenapa kesalahan dilakukan (Why)
    • Bagaimana transaksi rasuah tersebut dilakukan (How)
       
  3. Sertakan nama dan maklumat perhubungan anda. SPRM menerima maklumat dari pemberi maklumat yang tidak dikenali, tetapi adalah lebih baik sekiranya kami dapat menghubungi semula anda bagi membantu kami bertindak dengan cepat dan lancar. SPRM tidak dapat bertindak ke atas banyak maklumat yang tiada maklumat perhubungan. Anda juga boleh mengetahui status maklumat anda melalui Sistem Pengurusan Aduan sekiranya anda menyertakan nama dan maklumat seperti emel atau nombor telefon mudah alih.
     
  4. Jangan khuatir. Anda dilindungi. Pemberi maklumat akan dilindungi mengikut Akta SPRM dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat. 

Pengurusan Maklumat Rasuah di SPRM
  1. Maklumat akan melalui proses saringan bagi mengenalpasti:
    • Maklumat yang berunsur rasuah atau tidak.
    • Maklumat yang boleh diambil tindakan atau tidak.
    • Orang yang ditohmah boleh dikesan/ dikenalpasti atau tidak
       
  2. Selepas proses saringan, maklumat yang terpilih iaitu yang mencukupi dan di bawah bidang kuasa SPRM akan dibentangkan di dalam (JMM) bagi menentukan tindakan lanjut. JMM yang  diadakan setiap hari dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM dan dianggotai oleh Pengarah-Pengarah Bahagian tertentu.

Kenapa Memberi Maklumat
  1. Birokrasi, ketidakadilan, kemusnahan dan berbagai lagi kesan buruk rasuah kepada anda, keluarga anda, masyarakat dan negara. Baca artikel berkaitan.
     
  2. Membantu  mengurangkan ketirisan yang sepatutnya dibelanjakan untuk rakyat.
     
  3. Setiap orang wajib melaporkan seperti dinyatakan di dalam ASPRM 2009.

Bersama Mencegah - Ikrar Integriti Korporat


Ikrar Integriti Korporat dalam memerangi rasuah merupakan inisiatif penting bagi meningkatkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia dan menarik lebih banyak pelaburan asing (FDI) ke negara ini. Sesebuah syarikat yang menandatangani Ikrar Integriti Korporat ini akan memastikan bahawa syarikat mereka tidak akan

terlibat dalam sebarang jenayah rasuah. Ikrar Integriti Korporat menggariskan prinsip-prinsip yang perlu diterima pakai oleh badan-badan korporat untuk menunjukkan komitmen mereka ke arah mewujudkan persekitaran perniagaan yang adil, telus dan bebas dari rasuah.

Terdapat 5 prinsip dalam Ikrar ini iaitu:

i. MEMPROMOSIKAN nilai-nilai ketelusan, integriti dan tadbir urus yang baik;

ii. MEMPERKUKUHKAN mekanisme kawalan dalaman dengan memasukkan elemen-elemen yang menyokong pencegahan rasuah;

iii. PEMATUHAN undang-undang serta peraturan-peraturan yang berkaitan untuk memerangi rasuah;

iv. MEMBANTERAS sebarang bentuk amalan rasuah; dan

v. MENYOKONG inisiatif pencegahan rasuah yang diusahakan oleh Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ikrar Integriti Korporat ini telah dibangunkan secara bersama oleh Institut Integriti Malaysia (IIM), Transparency International Malaysia (TI-M) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Sehingga bulan Disember 2011, sebanyak 61 buah syarikat korporat telah menandatangani Ikrar Integriti Korporat ini dan ianya boleh dilayari melalui portal IIM dan SPRM.


sumber : SPRM

Program Pegawai Integriti Bertauliah - CeIO

SPRM telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memerangi gejala rasuah di Malaysia. Walau bagaimanapun SPRM juga sedar bahawa gejala ini tidak boleh ditangani oleh organisasi ini secara individu, ia perlu penglibatan semua pihak termasuk agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) secara holistik.

Usaha-usaha yang dijalankan oleh SPRM bukan sahaja daripada aspek penguatkuasaan tetapi juga melibatkan aspek pencegahan. Justeru itu pada tahun 2011, SPRM telah berjaya mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Kerajaan (JKKMKPK) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 30 Mac 2010, bagi melaksanakan Program Pegawai Integriti Bertauliah melalui Arahan YAB Perdana Menteri No.1. Tahun 2009, Gerakan Pemantapan Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia, Siri 1 No.1 Tahun 2011 Pelaksanaan Program Pegawai Integriti Bertauliah. Arahan tersebut menghendaki supaya semua Ketua-ketua Jabatan mewujudkan Pegawai Integriti Bertauliah di jabatan dan agensi masing-masing.

Program Pegawai Integriti Bertauliah ini dirangka untuk melahirkan Pegawai Integriti Bertauliah yang berperanan untuk merancang, melaksana dan memantau keberkesanan program-program integriti di kementerian, jabatan dan agensi masingmasing. Ia juga untuk menggalakkan pihak swasta terlibat sama dalam pelaksanaan Program Pegawai Integriti Bertauliah di organisasi mereka masing-masing. Program ini pada asalnya adalah susulan daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keutuhan Pengurusan (JKP) yang dipengerusikan oleh Tan Sri KSN pada 18 Ogos 2008 yang meminta BPR pada ketika itu untuk menempatkan pegawai kanan sebagai Ketua Pegawai Integriti secara kader di Jabatan atau agensi yang dilihat mempunyai risiko rasuah yang tinggi. Keputusan ini kemudiannya telah dibentangkan JKKMKPK yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 3 November 2008 dan diputuskan supaya BPR memberikan khidmat nasihat kepada jabatan yang ingin mewujudkan Ketua Pegawai Integriti mereka sendiri.

sumber : www.sprm.gov.my

Amanah

Amanah adalah tanggungjawab
Amanah adalah beban
Amanah adalah hak
Amanah adalah kemampuan

Kita yang amanah, adalah kita yang bertanggujawab
Kita yang amanah, adalah kita yang mampu memikul bebannya
Kita yang amanah, adalah kita yang mempunyai hak
Kita yang amanah, adalah kita mampu menjaganya

Hilang amanah, kita tidak bertanggungjawab
Hilang amanah, tidak mampu memikul beban itu
Hilang amanah, hilang jati diri
Hilang amanah, tiada integriti

Menjaga amanah insan bertanggungjawab
Menjaga amanah insan sanggup memikul bebanya
Menjaga amanah insan berpegang kepada hak
Menjaga amanah insan yang berintegriti




Selamat Menyambut Tahun Baru 2013 dan Imbasan 2012

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua pembaca blog...terima kasih yang sudi melawat, jengok-jengok, intai-intai dan yang seangkatan dengannya...Kami sayang kamu semua...Sorry sebab blog ni agak brhabuk sikit dan mungkin jika ada anak gajah..mungkin dah beranak pinak agaknya..kan??? hehehe...Admin dan anggota SPRUMS agak sibuk sikit tahun lepas sebab banyak program dan perancangan perlu diatur....almaklum la dah hujung tahun....orang nak tutup akuan...programnya pulak tak habis-habis berlansung....hehehehe....Aktif sungguh SPRUMS pada tahun lepas...walaupun penat berprogram tapi syukur alhamdulillah sebab semua program berjalan dengan lancar seperti yang dirancang dan dijadualkan. Walaupun banyak halangan dan dugaan tapi dengan adanya semangat teamwork...SPRUMS berjaya tempuhi...Ok...hari admin nak cerita pasal aktivit SPRUMS pada tahun yang tak diupdate dalam blog ini...apa pun jangan lupa...jengok-jengok FB SPRUMS...banyak maklumat berkenaan dengan SPRUMS diupdate disitu...

Ok...firstly...admin dan SPRUMS ingin mengucapkan HAPPY NEW YEAR kepada semua...walaupun macam terlambat sikit (sikit ke??? sebulan je kan...hehe)....semoga tahun ni kita semua akan lebih berjaya, berjaya dan terus berjaya dalam apa semua bidang dan perancangan yang telah kita usahakan....Begitu juga dengan SPRUMS. 

Jom kita imbas program tahun lepas. Pada tahun lepas SPRUMS telah menjalankan sebanyak 20 buah program. Tapi mengikut rekod dan laporan program kat SPRM...SPRUMS telah menjalankan sebanyak 27 buah program. Program tersebut adalah melibatkan program anjuran SPRUMS sendiri dan anjuran bersama pihak SPRM. Alhamdulillah..semua program berjalan dengan lancar. Admin tak buat imbasan untuk 20 buah program SPRUMS tapi beberapa program boleh juga kan?? hehehe.

Sempena Sambutan Bulan Integriti UMS Kali Ke-2, SPRUMS telah menganjurkan dua buah program iaitu Pertandingan Pidato Peringkat Pelajar dan Kakitangan UMS dan juga Forum Integriti vs Rasuah. Kedua-dua program ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Harap sambutan bulan integriti pada tahun ini akan lebih meriah daripada tahun lepas...SPRUMS masih menanti jawapan persetujuan daripada pihak SPRM berkenaan dengan cadangan yang telah disampaikan semasa sesi perjumpaan bersama Bahagian PenMas, Ibupejabat SPRM...kita tungguuuu...hehehe...


Forum Integriti vs Rasuah

Pertandingan Pidato Peringkat Pelajar dan Kakitangan UMS

Program yang sentiasa dinanti oleh anggota dan rakan sekretariat SPRUMS adalah program FAMILY DAY  dan tema tahun lepas adalah Hari Ikatan Ukhwah...Almaklum la ramai warga SPRUMS yang baru...ada la yang tak sabar berkenalan....hehehe...pelbagai acara diadakan sepanjang program berlansung. Sangat best dan sangat bersantai. Semua yang hadir sangat sproting gillerrrrr la....Paling best jawatankuasa program la iaitu Sektor Perundingan dan Komuniti. Time ni la dorang akan "membuli" semua orang dengan acara-acara yang telah dirancang. Admin sendiri pun tak terlepas dari kena "buli"....thanks korang....happy sangat...
   
Hari Ikatan Ukhwah 2012

Salah satu main program SPRUM tahun lepas adalah Program Sekolah Angkat. Pelbagai acara telah dijalankan  sepanjang program berlansung iaitu Program Percetusan Idea Pertandingn Menghasilkan Buku Skrap dan Program Mari Menatap dan Mendengar. Seramai 250 orang pelajar telah menyertai program ini. SPRUMS telah memilih Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu sebagai sekolah angkat dibawah SPRUMS. Memang chill gila la pelajar-pelajar sekolah ni. Program sekolah angkat ini bukan sampai disitu sahaja tetapi akan sentiasa berterusan. 

Sekitar Program Menatap dan Mendengar

Program Percetusan Idea "Pertandingan Menghasilkan Buku Skrap"

Jenuh kau...nak memilih...memang kreatif pelajar-pelajar sekolah ini. Dah la ramai yang menyertai. Kesian dekat para juri nak menilai dan memberi markah kepada para peserta.


Tahun ni boleh dikatakan setiap program yang dianjurkan oleh pihak SPRUMS, ada Program Ceramah Integriti dan Anti-Rasuah atau CITRA. Program ini bertujuan bagi memberi info dan mewujudkan buah fikiran tentang pandangan masyarakat terutama belia tentang apa itu rasuah dan apa itu integriti. Hasil program ini sangat memberansangkan...rupanya ramai yang masih tak faham apa itu rasuah apa itu ingtegriti. Syukur la..lepas tamat je program ni...makluman dari peserta sangat berpuas hati. Akhirnya peserta dapat faham dengan jelas tentangg rasuah dan integriti. Semuanya adalah hasil daripada sesi ceramah yang disampaikan dan perbincangan dalam kumpulan atau round table discussion (RTD). Dalam RTD tu, peserta dibahagi kepada beberapa kumpulan dan setiap kuumpulan akan membincangkan isu-isu atau tajuk yang diberi. Isu dan tajuk adalah berkaitan dengan integriti dan rasuah. RTD diadakan bagi memberi peserta agar lebih faham tentang apa yang diceramahkan terutama apa itu rasuah dan apa itu integriti.

Program Ceramah Integriti dan Anti-Rasuah (CITRA)

Jom Kenali SPRUMS diadakan pada awal semester lepas. Program ini bertujuan bagi memberi info atau maklumat kepada mahasiswa/i UMS tentang bahayanya rasuah dan integriti. Program ini juga bagi menarik penyertaan mahasiswa/i menjadi rakan sekretariat SPRUMS.

Program Jom Kenali SPRUMS.

Seterusanya program cuti-cuti..hehhehe...Program Jelajah Kenyalang SPRUMS. Antara pengisian program ini adalah Program Ramah Mesra bersama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Program CITRA di Universiti Malaysia Sarawak dan Program Kempen Jom Ganyang Rasuah di Institut Pendidikan Guru Kampus Miri. Seminggu juga la masa yang diambil untuk pusing satu Sarawak. Walaupun agak memenatkan tapi best sangat. 


Sesi Ramah Mesra bersama MPP UPM Kampus Bintulu dan Program Kempen Jom Ganyang Rasuah di IPG Kampus Miri.

Program Ceramah Integriti dan Anti Rasuah (CITRA) di UNiMAS, Program ini adalah kerjasama dengan SPRUNiMAS...harap SPRUMS dapat bekerjasama dengan SPRUNiMAS lagi...anggota SPRUNiMAS sangat tip top bantuan dorang...thanks a lot SPRUNiMAS...=)


Ni pulak program sampingan kitorang. Jalan-jalan pusing Sarawak la. Bershopping tak hengat donia. Hehehehe....

SPRUMS juga ada buat lawatan ke SPRM Wilayah Persekutuan Labuan. Masa kebetulan SPRUMS Program Gerakan Minda Hapuskan Rasuah dan Program Bersihkan Darah Dari Rasuah di UMS Kampus Antarabangsa Labuan. Orang kata sambil menyelam minum air la kan...dah alang-alang kat sana SPRUMS bersama wakil MPP UMSKAL membuat lawatan di SPRM Wilayah Labuan. Terima kasih SPRM Wilayah Labuan sebab sudi terima lawatan kami....


Lawatan SPRUMS ke SPRM Wilayah Persekutuan Labuan

Seterusnya, sekali lagi SPRUMS menganjurkan Program CITRA. Kali ini program ini melibatkan badan-badan pelajar UMS. Walaupun tidak mencapai target yang sebenar tapi sambutan agak mengggalakkan. Pada sebelah malamnya pulak, diteruskan lagi dengan Forum Remaja Pemangkin Negara. Ahli panel jemputan dan moderator adalah terdiri daripada wakil-wakil pelajar dan SPRUMS sendiri. Ahli-ahli panel berjaya mengupas dan menjawab isu tanggapan belia terhadap rasuah. 


Seminggu selepas itu. program SPRUMS diteruskan dengan program Ceramah Rasuah Tali Neraka. Sepatutnya, kalau ikut perancangan awal program ni sepatutnya diadakan dalam bentuk forum tapi disebabkan wujudnya masalah-masalah yang tak dapat dielakkan, program ni terpaksa bertukar kepada ceramah. Walaupun ia bertukar, tetapi penceramah jemputan berjaya menarik minat peserta jemputan yang hadir. Penceramah membahaskan isu-isu rasuah berkaitan dengan agama. Memang mantap la isi-isi yang dikupas dan disampaikan. Harap tahun ini dapat buat progran seperti ini tapi dalam bentuk forum pulak. Baru best kan. Kita dapat mendengar pandangan daripada pakar-pakar agama berkenaan dengan isu-isu rasuah dan apa kaitannya dengan agama.


Lasstttt program SPRUMS adalah Bengkel Jom Ganyang Rasuah. Bengkel ini diadakan kepada semua anggota dan rakan sekretariat SPRUMS. Bengkel ini bertujuan bagi melatih dan membimbing anggota dan rakan sekretariat dalam menjalankan tugas-tugas berkaitan SPRUMS. Banyak pengisian yang diisi sepanjang program.


Last but not least....program SPRUMS bersambung pada tahun ini pulak...hehehehe..itu saja imbasan admin untuk program SPRUMS pada tahun lepas. Kalau nak diceritakan banyak. 20 program kot. Ini separuh saja. Tahun ni SPRUM ada 17 buah program. Tapi SPRUMS ada perancangan besar iaitu Program Jelajah Hong Kong pulak. Cadang nak melawat ICAC....semoga perancangan ini dapat berjalan dengan lancar...mudah-mudaha...=D