PUSAT SUMBER RUJUKAN ILMIAH



1. Pengenalan
Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Sabah (SPR UMS) telah ditubuh dan diiktirafkan pada tahun 2009 denga kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Namun demikian, SPRM telah menetapkan beberapa objektif yang perlu dicapai 

oleh SPR IPT seluruh Malaysia. Antara objektif yang ditekan akan disini adalah mewujudkan pusat rujukan ilmiah mengenai kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuada dan penyelewengan serta peranan SPRM dalam menangani Jenayah ini, iaitu disusun pada Objektif yang kelima. Bagi merealisasikan objektif ini, SPR UMS mengambil tindakan dengan menubuhkan perpustakaan mini yang dinamakan Pusat Sumber Rujukan Ilmiah Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Sabah. 


2. Rancangan masa hadapan (Future Planing)
Sejajar dengan itu, SPR UMS akan membuat kolaborasi dengan JHEP UMS, SPRM, Perpustakaan UMS bagi membantu menjayakan penubuhan ini. Selain itu, beberapa kelab dibawah JHEP UMS iaitu, secretariat perpustakaan UMS dan Sekretriat Perpustakaan Kolej Kediaman E akan membantu mewujudkan pusat anti rasuah.


3. Objektif


  • Dijadikan pusat rujukan ilmiah mengenai kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuada dan penyelewengan serta peranan SPRM dalam menangani Jenayah ini.
  • Menerapkan nilai anti rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan kuasa dan penyelewengan di kalangan Mahasiswa.
  • Mendidik mahasiswa amalan membaca.


1. Proses Peminjaman
  • Hadir ke pejabat SPR UMS 
  • Pilih buku yang diminati (Max. 5 buah buku) 
  • Isi boring Peminjaman 
  • Lampiran Salinan K/P dan Kad matrik 
  • Bayaran cagaran RM2.00 
  • Tempoh peminjaman 2 minggu 
  • Sebarang kerosakan dan kelewatan akan dikena bayaran


No comments: