LOGO

Logo SPRUMS

KERIS BERSILANG
Melambangkan ahli-ahli SPRUMS sebagai peneraju utama untuk mencapai pembangunan mahasiswa terhadap anti rasuah dan nilai integriti, dan masyarakat penyayang sebagai asas pembangunan sebuah negara maju yang terbilang.

HARIMAU
melambangkan keberanian dalam menyampaikan mesej anti rasuah kepada masyarakat kampus dan luar kampus. Sedia berjuang demi mendukung hasrat semua warga walau seribu rintangan dan cabaran, tetap mara ke hadapan.

REBEN BIRU (PROFESIONALISME, KREDIBILITI & KERJA BERPASUKAN)
Menerangkan moto iaitu budaya kerja ahli SPRUMS

14 JALUR
Melambangkan 14 jawatan utama didalam SPRUMS yang akan berjuang untuk menerapkan nilai integriti dan anti-rasuah dalam pembangunan mahasiswa dan masyarakat penyayang.

LOGO UMS
Melambangkan semua kakitangan dan mahasiswa UMS bakal membangunkan kampus yang bebas daripada rasuah pada masa hadapan.

BUNGA PADI
Melambangkan kemajuan, kemakmuran dan keharmonian dalam organisasi yang sepenuhnya bermoral dan beretika.

PERISAI
Melambangkan alat perlindungan yang digunakan untuk menepis serangan. Ia membawa maksud SPRUMS akan menerap nilai intgriti dan antirasuah kepada mahasiswa  sebelum terdedah dengan risiko rasuah. Kerana bakal-bakal graduan yang akan bekerja dan menjadi pemimpin dan membuat keputusan perlu dibekalkan dengan ilmu berkaitan pendidikan anti rasuah dan nilai integriti, bagi membangunkan Negara bebas rasuah pada masa hadapan.

KUNING
Melambangkan suasana organisasi SPRUMS yang ceria, sega, aktif dan dinamik umpama alam sentiasa disinar suria.

EMAS
Melambangkan semangat perjuangan mempertahankan kedaulatan Negara dalam menyampaikan mesaj anti rasuah dan menerap nilai integriti.

HITAM
Melambangkan kejituan dan kemantapan semangat yang padu dan perjuangan yang ampuh.

BIRU
Mencerminkan amanah dan harmoni.

KELABU
Melambangkan nilai integriti dan anti rasuah di kalangan mahasiswa.


Muat turun Logo SPRUMS

No comments: