Wednesday, March 28, 2012

Apa Itu Integriti?

Sempena sambutan bulan integriti ni, rasanya ramai yang tidak tahu apa itu integriti. Apa ek integriti tu?? Tapi kan ada yang tahu tapi tidak mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Ishhh...tak baik tu. Ok. Kepada yang  tak tahu apa itu integriti..jom kita kenalinya dan sama-sama kita amalkan sikap integriti.


Untuk pengetahuan korang semua, dalam INTEGRITI ada tiga tahap iaitu INDIVIDU, ORGANISASI dan PENJAWAT AWAM. Dibawah ni, ada penjelasannya...

INTEGRITI
Integriti secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkaitan erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan seharihari.

1. Integriti Individu
Integriti individu ialah keselarasan di antara apa yang dikatakan oleh individu dengan apa yang dikotakannya; keselarasan di antara tindakannya dengan prinsip moral, etika dan undang-undang; serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. Apa yang dilakukan individu itu pula cepat, tepat dan bermutu. Apabila dia bertindak atau bertingkah lalu demikian secara konsisten dalam pelbagai segi, dia dikatakan mempunyai integriti. Apabila bertindak sebaliknya, dia dikatakan tidak berintegriti atau lemah integritinya.

2. Integriti Organisasi
Selain individu, organisasi juga mesti mempunyai integriti. Integriti organisasi tercermin dalam perumusan dan pelaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika organisasi ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi.
 
3. Integriti Penjawat Awam
Bagi individu yang memegang amanah seperti mereka yang menjawat jawatan awam, integriti bermaksud melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Penjawat jawatan itu tidak boleh menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat sendiri. Apabila berlaku konflik kepentingan, ia mesti diselesaikan dengan memberi keutamaan kepada kepentingan awam. Dengan demikian penjawat itu perlu telus dan tulus, harus memikul pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang di bawahnya dan kepada pihak lain.



Integriti tu wajah kita tau....


Jemputan Ke Majlis Penutupan Sambutan Bulan Integriti UMS Kali Ke-2 Tahun 2012



Dijemput mahasiswa-mahasiswa UMS ke Majlis Penutupan Sambutan Bulan Integriti UMS Kali Ke-2 Tahun 2012. Tarikh dan masa adalah seperti berikut :


Tarikh   : 30hb Mac 2012 (Jumaat)
Masa     : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Resital, SPS


Mohon semua mahasiswa membawa kad pelajar masing-masing untuk kutipan mata MySDP. Sekian, terima kasih.

**Jom ramai-ramai memeriahkan lagi majlis ini...=)

Saturday, March 3, 2012

Pertandingan Sempena Bulan Integriti


Sempena sambutan bulan integriti, Jabatan Pendaftaran UMS dengan kerjasama Sekretariat Pencegahan Rasuah UMS telah menganjurkan pertandingan pidato dan kuiz. Semua pelajar UMS dijemput untuk menyertai pertandingan ini. Hadiah dan sijil penyertaan disediakan kepada pemenang. Maklumat pertandingan adalah seperti berikut :

BIL
PERTANDINGAN
TARIKH
1
Kuiz
12 hingga 23hb Mac 2012
2
Pidato
14hb Mac 2012


SYARAT-SYARAT PERNYERTAAN

1. Pertandingan Kuiz ( Kategori Pelajar )

Tarikh    : 12 hingga 23hb Mac 2012
Masa     : 8.30 pagi hingga 10.00 malam
Tempat  : 1Megalab, Perpustakaan UMS

Syarat-syarat :
i.   Terbuka kepada semua pelajar Universiti Malaysia Sabah.
ii.  Soalan kuiz perlu dijawab di 1Megalab, Perpustakaan UMS.
iii. Slogan perlu diisi dengan tidak melebihi 15 patah perkataan. 

Borang penyertaan :
i. Soalan kuiz disediakan secara online di 1Megalab, Perpustakaan UMS.


2. Pertandingan Pidato ( Kategori Pelajar )

Tarikh    : 14hb Mac 2012
Masa     : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat  : Anjung Circle, Anjung Siswa

Syarat-syarat :
i.   Terbuka kepada semua pelajar Universiti Malaysia Sabah.
ii.  Penggunaan bahasa melayu sahaja.
iii. Masa persembahan penyampaian pidato diantara 5 hinggan 7 minit.
iv. Pakaian formal.

Borang penyertaan :
i. Boleh didapati di dalam laman web Jabatan Pendaftar UMS.

Tajuk pertandingan :
i.   Budaya Integriti : Indah Khabar Dari Rupa ?
ii.  Persepsi Vs Realiti Masyarakat Terhadap SPRM
iii. Pelajar IPT Sebagai "Key Communicator" dan "Eyes" SPRM
iv. Facebook Sebagai Medium Penyampaian Mesej Integriti dan Anti
    Rasuah
v.  Kurikulum Pengajian Tinggi Berjaya Melahirkan Modal Insan Berintegriti


*********************************************************
Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi saudari Za'imah Binti Zakaria (0128307192) atau datang ke pejabat Sekretariat Pencegahan Rasuah UMS, Anjung Siswa.



Thursday, March 1, 2012

JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN INTEGRITI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH TAHUN 2012

( Sila klik gambar untuk paparan lebih besar )

ATURCARA MAJLIS PELANCARAN
SAMBUTAN BULAN INTEGRITI
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
KALI KE-2 TAHUN 2012


Tarikh           : 5hb Mac 2012 (Isnin)
Masa             : 11.30 Pagi 
Tempat         : 1 Megalab, Jabatan Perpustakaan,
   Universiti Malaysia Sabah

    MASA                                   AKTIVITI                                  
11.30 am   : - Ketibaan dan pendaftaran kakitangan dan pelajar UMS
12.00 pm   : - Ketibaan Pegawai-pegawai Utama Universiti/Ketua-ketua
                     Jabatan/Penceramah Jemputan/Ahli-ahli LPU
12.05 pm   : - Ketibaan Y.Bhg. Jen. Prof. Datuk Seri Panglima 
                     Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon, Naib Canselor UMS
12.15 pm   : - Ketibaan Y.Bhg Tan Sri Datuk Abdul Hamid Egoh, 
                     Pengerusi LPU

Majlis Bermula

12.20 pm  : - Nyanyian Lagu ‘Negaraku’ dan ‘Sabah Tanah Airku’
                : - Bacaan doa
                : - Ucapan Pengerusi JK Pelaksana Sambutan Bulan 
                    Integriti UMS Kali Ke-2/2012 oleh Y. Bhg. Mej. (K) 
                    Datuk Abdullah Hj. Mohd Said, Pendaftar UMS
12.55 pm  : - Ucapan Naib Canselor UMS, Y.Bhg. Jen. Prof. Datuk Seri
                    Panglima Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon Naib Canselor
1.00 pm    : - Lafaz perasmian oleh Pengerusi Lembaga Pengarah 
                    Universiti, Y.Bhg Tan Sri Datuk Abdul Hamid Egoh
                  - Persembahan montaj integriti
                  - Penyampaian cenderahati
                  - Nyanyian lagu ‘Bertekad Cemerlang’
                  - Lawatan ke tapak pameran
1.30 pm    : - Jamuan makan/majlis dijangka tamat