Saturday, October 10, 2015

Program Explorace dan Treasure Hunt (Belia Banteras Rasuah)

Assalammualaikum w.b.t dan salam anti RASUAH...pada 10/10/2015 (Sabtu) iaitu pada hari ini, pihak Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Sabah (SPRUMS) telah menjalankan program Program Explorace dan Treasure Hunt (Belia Banteras Rasuah) yang bertempat di Dewan Kuliah Pusat 2 (DKP baru). Program yang dijalankan bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga pukul 4.30 petang. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada golongan belia khususnya para pelajar sekolah rendah dan menengah berkaitan rasuah. Sasaran program ini adalah golongan pelajar sekolah di sekitar Kota Kinabalu Sabah. Terdapat beberapa aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat yang bertujuan untuk memberi pendidikan kepada golongan remaja ini. Diharap pada masa akan datang, lebih banyak program-program yang bersifat mendidik dan permainan yang bersifat interaktif seperti ini dapat dilaksanakan oleh pihak SPRUMS.