Wednesday, April 16, 2014

Sambutan Bulan Integriti UMS Kali Ke-4 2014

Sambutan Bulan Integriti UMS Kali Ke-4 2014

Salam Anti Rasuah dan Salam Integriti!

Tahun 2014 telah lama menjengah masuk. Jadi, azam baru juga mula terbentuk. Kami, Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Sabah masih tetap dengan tujuan yang sama iaitu ingin mencegah rasuah dan menyebarkan mesej-mesej anti rasuah dan integriti kepada semua terutamanya siswa-siswi UMS sendiri.

Maka dengan sempenanya Sambutan Bulan Integriti UMS Kali Ke-4, 2014, kami sekali lagi telah menguruskan Pertandingan Pidato serta Pertandingan Debat seperti tahun yang sebelumnya. Alhamdulillah sambutan dari siswa-siswi tidak menghampakan.




Selain itu, Program kami di awal tahun ini yang dianjurkan oleh kami sendiri telah berjaya dilaksanakan pada 26 Mac yang lepas iaitu Program Bengkel Pengukuhan Integriti Kakitangan Universiti Malaysia Sabah yang melibatkan kakitangan UMS keseluruhannya. Bengkel ini bertemakan "Kakitangan Berintegriti, Rasuah Dihindari, Universiti Berkualiti."

 
Video di bawah merupakan ringkasan bagi ketiga-tiga program yang telah dijalankan oleh pihak SPR UMS.




Alhamdulillah. Ada beberapa lagi program yang bakal dilaksanakan oleh kami di dalam semester ini. Diharap semua ahli dapat memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing selaras dengan moto kami iaitu Profesionalisme, Kredibiliti dan Kerja Berpasukan!