Wednesday, November 25, 2015

Nota Pencegahan Rasuah - 2.0 Latar Belakang SPRM - 2.1 Pencegahan Rasuah: BILABERMULA ?

Nota Pencegahan Rasuah
2.0 Latar Belakang SPRM
2.1 Pencegahan Rasuah: BILA BERMULA ?

" Meningkatkan keyakinan dan memperbaiki persepsi masyarakat Malaysia dan antarabangsa ke atas keberkesanan SPRM dalam pencegahan rasuah berasaskan prinsip kebebasan, ketelusan dan profesionalisme."
Aspirasi SPRM
Zaman Kolonial

Masalah rasuah wujud sejak pentadbiran kolonial lagi. Kajian teang rasuah yang pertama dijalankan pada 1 April 1940 oleh seorang Ahli Majlis Pemerintahan Kolonial Kerajaan Persekutuan bernama Mr. Shearn. Dalam kajian tersebut, beliau menyatakan "bribery and corruption flow to an appaling extent in government department".

Seterusnya pada tahun 1950, Kerajaan Kolonial membentuk s buah suruhanjaya yang di ketuai oleh Hakim E.N Taylor untuk menyiasat sejauh mana rasuah diamalkan oleh kakitangan a am ketika itu.

Laporan Suruhanjaya Tylor dibentang pada tahun 1955. Antaranya menyatakan bahawa rasuah memang wujud dalam jabatan yang terdedah kepada peluang untuk melakukan rasuah. Malangnya Kerajaan Kolonial mengenepikan laporan tersebut akibat ketidak pekaaan kepada isu rasuah ketika itu.


"Bribery and corruption flow to an appaling extent in government department."
Mr. Shearn, Ahli Majlis Pemerintahan Kolonial Kerajaan Persekutuan


Kajian Shah Nazir Alam

Selepas negara merdeka pada tahun 1957, kerajaan mula memberi tumpuan kepada masalah rasuah. Pada Januari 1958, kerajaan menjemput pegawai tinggi polis daripada Pasukan Polis Pakistan bernama Shah Nazir  Alam bagi membuat kajian berhubung masalah rasuah di dalam negara.

Kajian selama 3 bulan itu menghasilkan laporan bertarikh 26 April 1958 yang telah dikemukakan kepada kerajaan. Antara cadangan kajian adalah untuk menubuhkan sebuah agensi khusus bagi membuat siasatan kes rasuah di peringkat persekutuan, negeri dan daerah.

Hasil Kajian Shah Nazir Alam dikaji secara mendalam oleh Jawatankuasa Bertindak yang turut mencadangkan agar ditubuhkan unit baru dalam pasukan polis yang akan membuat siasatan terhadap aduan rasuah. Cadangan itu akhirnya di persetujui oleh kerajaan. 

(SPRM, Nota Pencegahan Rasuah, Muka surat 7 hingga 8)

_________________________________________________________________________

Dapatkan maklumat menarik dari Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Sabah (SPR UMS) seperti variasi info mengenai rasuah, program-program yang dianjurkan, serta maklumat terkini SPRM di:

Telegram Channel Broadcast: https://telegram.me/sprums

Facebook : www.facebook.com/spr.ums.sprm

Faceboo Like Page : www.facebook.com/sprums

Google+ : www.plus.google.com/+SPRUMSUMS

Blog  : sprums-ums@blogspot.com

Twitter : www.twitter.com/sprums

Instagram : www.instagram.com/sprums

Youtube : www.youtube.com/user/sprumsums

Tumblr : www.sprums.tumblr.com

Flickr : Sekretariat Pencegahan Rasuah UMS