Friday, December 11, 2015

Program Pemantapan Jati Diri

Assalamualaikum wbt salam Integriti Bebas Rasuah...

Doakan kejayaan Program kami yang akan berlangsung di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan..

Program : Pemantapan Jati Diri
Anjuran : Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Sabah.
Tarikh : 11 - 13 Desember 2015.

BERSAMA LAKUKAN PERUBAHAN....
PERANGI RASUAH......

Sunday, December 6, 2015

Nota Pencegahan Rasuah - 2.0 Latar Belakang SPRM - 2.5 Bidang Kuasa SPRM

Nota Pencegahan Rasuah
2.0 Latar Belakang SPRM
2.5 Bidang Kuasa SPRM

BIDANG KUASA SPRM
  1. Menerima aduan kes rasuah dan salah guna kedudukan.
  2. Menjalankan siasatan.
  3. Menyediakan khidmat perundingan dan nasihat untuk menambahbaik sistem, prosedur dan tatacara yang boleh membawa kepada peluang dan ruang jenayah rasuah.
  4. Mendidik dan mendapatkan sokongan masyarakat dalam memerangi rasuah  
...................................................................................................................................................

(SPRM, Nota Pencegahan Rasuah, Muka surat 21)

_________________________________________________________________________________

Dapatkan maklumat menarik dari Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Sabah (SPR UMS) seperti variasi info mengenai rasuah, program-program yang dianjurkan, serta maklumat terkini SPRM di:

Telegram Channel Broadcast: https://telegram.me/sprums

Facebook : www.facebook.com/spr.ums.sprm

Faceboo Like Page : www.facebook.com/sprums

Google+ : www.plus.google.com/+SPRUMSUMS

Blog  : sprums-ums@blogspot.com

Twitter : www.twitter.com/sprums

Instagram : www.instagram.com/sprums

Youtube : www.youtube.com/user/sprumsums

Tumblr : www.sprums.tumblr.com
Flickr : Sekretariat Pencegahan Rasuah UMS www.flickr.com/people/137520205@N08/

Nota Pencegahan Rasuah - 2.0 Latar Belakang SPRM - 2.3 Struktur SPRM

Nota Pencegahan Rasuah
2.0 Latar Belakang SPRM
2.3 Struktur SPRM

SPRM
  1. Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah
    (Dibentuk melalui Seksyen 14 Akta SPRM 2009
  2. Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah
    (Dibentuk melalui Seksyen 13 Akta SPRM 2009)
  3. Jawatankuasa Aduan
    (Dibentuk melalui Seksyen 15 Akta SPRM 2009)
  4. Panel Perundingan & Pencegahan Rasuah
    (Dibentuk secara pentadbiran)
  5. Panel Penilaian Operasi
    (Dibentuk secara pentadbiran)
...................................................................................................................................................
PENTING: Kesemua ahli lembaga, jawatankuasa dan panel ini tidak dibayar gaji oleh kerajaan atau SPRM. Mereka adalah sukarelawan yang mewakili masyarakat untuk menyumbang ke arah pembanterasan jenayah rasuah di Malaysia.
...................................................................................................................................................

(SPRM, Nota Pencegahan Rasuah, Muka surat 14)

_________________________________________________________________________________

Dapatkan maklumat menarik dari Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Sabah (SPR UMS) seperti variasi info mengenai rasuah, program-program yang dianjurkan, serta maklumat terkini SPRM di:

Telegram Channel Broadcast: https://telegram.me/sprums

Facebook : www.facebook.com/spr.ums.sprm

Faceboo Like Page : www.facebook.com/sprums

Google+ : www.plus.google.com/+SPRUMSUMS

Blog  : sprums-ums@blogspot.com

Twitter : www.twitter.com/sprums

Instagram : www.instagram.com/sprums

Youtube : www.youtube.com/user/sprumsums

Tumblr : www.sprums.tumblr.com
Flickr : Sekretariat Pencegahan Rasuah UMS www.flickr.com/people/137520205@N08/

Nota Pencegahan Rasuah - 2.0 Latar Belakang SPRM - 2.4 Mekanisme 'Check and Balance'

Nota Pencegahan Rasuah
2.0 Latar Belakang SPRM
2.4 Mekanisme 'Check and Balance'

JAWATANKUASA KHAS MENGENAI RASUAH [JKMR]
Terdiri daripada Ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat mewakili parti kerajaan dan pembangkang. Kesemua mereka dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Seksyen 14 Akta SPRM 2009 menetapkan bilangan ahli JKMR seramai tujuh orang sahaja.

PERANAN JKMR
  1. Menasihat Perdana Menteri berhubung masalah rasuah di Malaysia;
  2. Mendapatkan penjelasan SPRM berhubung aktiviti-aktiviti yang dijalankannya; dan 
  3. Mengemukakan laporan JKMR kepada Perdana Menteri untuk dibentangkan di Dewan Negara dan Dewan Rakyat. 
 
LEMBAGA PENASIHAT PENCEGAHAN RASUAH [LPPR]
Ahli-ahli LPPR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan orang yang berintegriti dan telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang dalam bidang masing-masing. Antara mereka adalah bekas pegawai tinggi kerajaan, tokoh korporat, ahli akademik dan ahli profesional. Seksyen 13 Akta SPRM 2009 menetapkan bilangan ahli mestilah tidak kurang daripada tujuh orang.
 
PERANAN LPPR
  1. Menasihati SPRM mengenai dasar dan strategi pencegahan rasuah; dan
  2. Meneliti dan memperakukan cadangan SPRM untuk meningkatkan keberkesanannya
 
JAWATANKUASA ADUAN [JA]
Antara ahlinya adalah bekas hakim, pengamal undang-undang dan bekas pegawai tinggi kerajaan. Seksyen 15 Akta SPRM 2009 menetapkan bilangan ahli mestilah tidak lebih daripada lima orang.
 
PERANAN JA
  1. Memantau SPRM dalam mengendali aduan mengenai salah laku (bukan kesalahan jenayah) pegawai-pegawainya; dan
  2. Mengenal pasti kelemahan dalam tatacara/procedur kerja SPRM dan seterusnya membuat syor penambahbaikan.
 
✅  PANEL PERUNDINGAN & PENCEGAHAN RASUAH [PPPR]
Ahli PPPR mewakili pelbagai kumpulan masyarakat sivil seperti pengamal media, pengamal undang-undang, tokoh korporat, ahli akademik, pakat komunikasi, aktivis sosial dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
 
PERANAN PPPR
  1. Memantau SPRM dalam mengendali aduan mengenai salah laku (bukan kesalahan jenayah)pegawai-pegawainya; dan
  2. Mengenal pasti kelemahan dalam tatacara/prosedur kerja SPRM dan seterusnya membuat syor bagi menambahbaikan.
 
PANEL PENILAIAN OPERASI [PPO]
Mereka yang menganggotai PPO mewakili badan-badan profesional dan mampu meneliti dan menasihati SPRM dalam melaksanakan fungsi operasinya.
 
PERANAN PPO
  1. Memantau, memeriksa dan mengkaji Kertas Siasatan serta keputusan yang dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya; dan
  2. Menasihati dan memperakukan langkah-langkah untuk mempertingkatkan kualiti siasatan SPRM.      
SPRM mesti melaporkan dan menjelaskan kepada PPO mengenai ...
  • Kertas Siasatan yang belum siap melebihi 12 bulan
  • Kes orang yang ditangkap dan dilepaskan dengan jaminan melebihi enam bulan.
  • Keputusan-keputusan Kertas Siasatan yang telah dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya. 
  • Kertas Siasatan yang dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan tidak mendapat apa-apa keputusan selepas tempoh melebihi enam bulan.
  • Kes-kes yang diputuskan oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk tidak dituduh.    
...................................................................................................................................................
(SPRM, Nota Pencegahan Rasuah, Muka surat 15 - 20)

__________________________________________________________________________________