Monday, March 18, 2013

Pelan Strategik Universiti Malaysia Sabah

Pelan Strategik Universiti Malaysia Sabah menggariskan tujuh Bidang Keberhasilan Utama Universiti atau singkatannya adalah UMS-KRAs (UMS Key Result Areas); yang akan diberi tumpuan dalam tempoh lima tahun yang akan datang. Bidang-bidang berkenaan adalah seperti berikut :

UMS-KRA 1 :
Mempertingkatkan kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran

UMS-KRA 2 :
Mempertingkatkan kecemerlangan penyelidikan dan inovasi

UMS-KRA 3 :
Mempertingkatkan keterlatihan dan reputasi di peringkat antarabangsa

UMS-KRA 4 :
Memperkukuhkan tadbir urus, kepimpinan dan sistem penyampaian

UMS-KRA 5 :
Mempertingkatkan kelestarian kewangan

UMS-KRA 6 :
Mempergiatkan libatsama masyarakat dan industri


Masing-masing UMS-KRA mempunyai objektif-objektif strategi tersendiri dan kejayaannya akan diukur menerusi Petunjuk Prestasi Utama atau singakatannya KPI (Key Perfomance Indicators). Sasaran menjelang tahun 2017 setiap KPI telah ditetapkan dan telah ditanda aras antara lain kepada pencapaian semasa UMS dan sasaran KPI Projek Agenda Kritikal ataupun CAP (Critical Agenda Project) dalam PSPTN. Pencapaian tahunan KPI akan dipantau oleh agar tindakan penambahbaikan dapat dilaksanakan sekiranya pencapaian tidak menepati sasaran. 

Bagi memastikan setiap UMS-KRA mencapai kejayaan dan sasarannya, masing-masing diterajui oleh pegawai Universiti yang telah dikenalpasti. 

Selamat Datang Tun M


Selamat datang Tun M

Admin suka sangat dengan pimpinan Tun M. Sangat respect dengan dia. Walaupun beliau dah tak jadi PM tapi beliau tetap penting dan bernilai kepada negara. Seorang pemimpin yang sangat digeruni oleh negara barat. Love you Tun M. ^_^




Ada apa dengan bulan Mac???

Assalaamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.....kita senyum dulu ar....heeeeeeeeee =)

Haaacimmmm....admin tengah cuci blog SPRUMS ni yang agak berhabuk sikit. Sorry ye semua. Aktiviti SPRUMS pada bulan Mac memang padat...padat sangat. Boleh dikatakan setiap minggu ada program. Setakat ni dah lima program telah dijalankan oleh SPRUMS dan lima program masih menanti. Risau juga admin dengan anggota dan rakan sekretariat. Risau kalau mereka semua tak dapat bahagikan masa antara belajar dan program. Setiap kali meeting anggota dan rakan sekretariat, Ketua Sekretariat memang selalu pesan kepada semua anggota dan rakan sekretaraiat supaya bahagikan masa dengan sebaik-baiknya. Belajar tetap belajar sebab itu tanggungjawab yang sebagai seorang pelajar. Tapi tanggungjawab sebagai seorang anak bangsa pun wajib juga iaitu membantu negara membanteras rasuah dan meningkatkan integriti dalam diri masyarakat terutama mahasiswa. Itu la ketua sekretariat kami. Walaupun admin sendiri jemu dengar leteran nasihatnya tapi ia sangat berguna. Ingat-mengingat sesama manusia itu kan wajib. Hehehehe...Ok bos...kami akan sentiasa pegang dan ingat leteran nasihat bos itu...hehehehehehe....love you.

Ok. Admin nak cerita tentang aktiviti SPRUMS pada bulan Mac. Bulan lain admin tak nak cerita lagi. Biar rahsia. Biar surprise orang kata. Hehehe...Bulan ni SPRUMS dengan kerjasama Jabatan Pendaftar UMS telah menganjurkan Sambutan Bulan Integriti UMS Kali Ke-3 2013. Terdapat beberapa program yang telah dan akan dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Pendaftar UMS dan SPRM Sabah. 



Awal bulan Mac baru-baru ni. Pada 8hb Mac 2013 telah diadakan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Integriti UMS Kali Ke-3 2013. Majlis ini disempurnakan oleh Y,Bhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah, Naib Canselor UMS. Alhamdulillah. Ramai juga yang datang. Sambutan ini diadakan selama sebulan. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan diatur. SPRUMS telah diberi kepercayaan bagi menjayakan beberapa program yang telah dirancang. Antara program memang sudah ada dalam takwim SPRUMS dan terdapat beberapa program adalah program tambahan. Antaranya Pertandingan Pidato Integriti, Pertandinagn Debat Integriti, Bengkel Pengukuhan Integriti Kakitangan UMS, Murninya Islam Tanpa Rasuah dan banyak lagi. 


Aktiviti SPRUMS dengan kerjasama Jabatan Pendaftar UMS, Jabatan hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS dan SPRM 


Majlis Pelancaran disempurnakan oleh Y.Bhg. Prof Datuk Dr. Harun Abdullah (berbaju biru muda). 


Sektor Perundingan dan Komuniti telah menganjurkan Program Tautan Kasih Tanpa Rasuah. Program ni dibuka kepada anggota dan rakan sekretariat. Pengisian dalam program, pada sebelah pagi, semua peserta yang hadir diberi sedikit ceramah tentang pentingnya integriti SPR dalam membantu negara membanteras rasuah. Ceramah ini disampaikan oleh Pegawai SPRM yang dijemput. Pada sebelah petangnya, aktiviti santai sikit la kan. Pengisian petang diadakan pertandingan bowling. Setiap peserta mewakili sektor dan bahagian masing-masing. Yang sedihnya admin tak dapat ikut. Kesihatan tidak mengizinkan melakukan akitivti luar. Ini yang admin frust nak update pasal program ni. Huhu. Yang menangnya confirm la Bahagian Operasi. Almaklum la ketua pasukan selalu praktis main bowling. Yang lainnya, time nak bertanding baru nak berlatih (termasuklah admin...hehehe). Tapi yang bestnya, kalah-menang tetap dapat hadiah. Itu yang adilnya kan?   


Selesai satu program bersambung pulak dengan Pertandingan Pidato Integriti. Pertandingan ini dibuka kepada kakitangan dan pelajar UMS.  Penyertaan peserta dalam pertandingan kali ini sangat menggalakkan. Pelajar dari Kampus Sandakan pun turut ada tau. Jauh diorang datang. Tahniah ye. 



 

Hadiahnya juga lumayan tau. $$$$ dan sijil penyertaan. Nak tahu siapa yang menang...kena la tunggu majlis penutupan nanti. Semua pemenang pertandingan akan diumumkan pada Majlis Penutupan Sambutan Bulan Integriti. 

Bagi memberkati hari jumaat pada bulan Sambutan Integriti kali ini, SPRUMS telah menganjurkan Program Murninya Islam tanpa Rasuah. Program ini adalah dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam dan Masjid. Antara pengisiannya adalah khutbah Jumaat dan ceramah maghrib. 

Pihak SPRUMS telah recce dengan pihak Masjid UMS untuk bekerjasama lagi pada semester depan. Niat dihati ingin melamar masjid untuk saling bekerjasama menganjurkan Forum Hal Ehwal Islam. Harap pihak Masjid UMS dapat membantu.

Seterusnya Bengkel Pengukuhan Integriti Kakitangan UMS. Program ini adalah kerjasama dengan Jabatan Pendaftar UMS dan SPRM Negeri Sabah. Semua peserta adalah terdiri daripada kakaitangan UMS dari semua J/P/S/I/U. Pengisian bagi program ini adalah sama seperti Program Ceramah Integriti dan Anti-Rasuah (CITRA) yang pernah SPRUMS anjurkan dulu. Pengisian bengkel ini adalah ceramah yang disampaikan oleh Encik Mohd Rais Ramli, Penolong Pengarah Kanan, Institut Integriti Malaysia. Para peserta diberi tajuk/isu untuk dibincang dalam kumpulan yang telah dibahagikan. Setiap resolusi yang diperolehi akan dibentangkan dan diserahkan kepada Y.Bhg. Datuk Abdullah Hj. Mohd Said, Pendaftar UMS.


J/P/S/I/U??? Apa tu?? J/P/S/I/U tu Jabatan/Pusat/Sekolah/Institut/Unit


Ok. Itu program hari ini dan minggu-minggu lepas. Sekarang admin nak kongsi program minggu depan dan seterusnya pulak ye.

Minggu depan akan diadakan Pertandingan Debat Integriti. Permohonan masih dibuka kepada sesiapa yang ingin sertai pertandingan ini. Orang kata selagi belum bertanding, no hal lah kalau nak isi borang untuk bertanding. Dengar-dengar hadiahnya lumayan. Sijil pernyertaan pun dapat juga tau. Itu yang pentingnya kan...hehehe



Habis je pertandingan ini, UMS akan terima tetamu. Tetamu-tetamu yang datang semuanya dari seluruh Malaysia. UMS telah dipilih sebagai tuan rumah bagi Konvensyen Pengukuhan Integriti Sekretariat Pencegahan Rasuah IPTA 2013 Peringkat Kebangsaan. Program ini adalah kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Kalau tidak ada apa-apa halangan konvensyen ini adakan diadakan pada 31 Mac hingga 3 April 2013. 


Habis konvensyen...SPRUMS kena prepare untuk Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Bulan Integriti UMS pada 5hb April. Setakat ini itu saja program untuk bulan Mac. Tapi macam tetap tak boleh berehat juga la kan sebab kalau tidak ada apa-apa halangan pada 6hb April akan jelajah satu Sabah sempena program Jelajah Bayu Sampaikan Salam Integriti dan Anti-Rasuah. 

Opssss....admin lupa bagitau. Baru-baru ni. Ketua Sekeratriat dan Sektor Pameran hadiri mesyuarat bersama Jabatan Pelajaran Negeri Sabah bagi membincangkan program kerjasama iaitu Pertandingan Buku Skrap Peringkat Negeri Sabah dan Karnival Integriti dan Anti-Rasuah. Program ini akan melibatkan semua peringkat iaitu peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan peringkat IPTA. Sorry...admin tak boleh cerita pasal ni., Tunggu lapora bulan depan ye. Hehehe.




Buat Kau Yang Lupa



Mungkinkah kau dah lupa
Kau terlalu leka dengan peluang
Kau pilih jalan singkat
Demi meraih kekayaan dengan cepat
Hidupmu dilingkari maksiat
Najis dunia, kau santap
Kau aniaya mereka yang lemah
Demi menghirup hak mereka
Jiwamu megah memijak insan-insan
Yang terlalu memerlukan
Yang terlalu mengharapkan

Anak isterimu disuapi makanan mewah dengan duit kopimu
Anak isterimu dirantai digelangi emas duit kopimu
Anak isterimu bermegah di rumah besar dengan duit kopimu

Lantas hatimu gelisah
Gundah gulana
Kau fikir semuanya membahagiakan
Tetapi emosimu terganggu
Dek kelaparan harta dunia
Yang tak pernah padam
Ganjaran dunia yang didamba
Sedangkan semuanya fana
Bukan kekal kau di sini
Kau kan kembali ke asalmu
Tanah bakal menemanimu
Selama-lamanya
Azab menanti sebagai balasan
Adakah kau ingat itu....?

Jangan kau angkuh dan biadab
Di atas muka bumi Allah
Balasan di akhirat pastikan kau terima
Tiada penyesalan, tiada kemaafan
Melainkan taubat nasuha wahai kawan!

Sedarlah wahai kawan
Aku mengingatkan kerana aku sayang
Marilah bersama-sama denganku
Sedaya kita, sekuat kita
Meniti titian dunia dengan hati yang suci
Setiap yang baik pastikan ada ganjaran
Bagi mereka yang menginginkan


Hidup yang lebih membahagiakan
Walau dengan rezeki yang sedikit

Sekelumit pun kita tidak  kecewa
Kerana rezeki Allah tiada batasnya



Rezeki tu biar halal ye !!! ^_^