Sunday, October 21, 2012

Cerita SPRUMS

Lambat juga laman blog SPRUMS ni diupdate. Maaf dari pihak admin. Tapi program tetap berjalan tau. FB SPRUMS tetap dan sentiasa di update. Cuma laman blog ni je yang lambat sikit untuk di update. Susah juga kalau tak cukup kakiitangan di Sektor Media dan Data ni. Tapi tak apa sebab SPRUMS ada buat perlantikan baru. Harap perlantikan baru kali ini dapat memberi sepenuh komitmen dalam menjayakan misi menghapuskan rasuah. 

Baru-baru ini SPRUMS membuat lawatan dan mesyuarat bersama SPRUMS cawangan Kampus UMS Sandakan. Alhamdulillah dan syukur program berjalan dengan lancar. Antara agenda mesyuarat pada masa tu ialah memperkenalkan SPRUMS terutama SPR IPT kepada anggota dan Rakan Sekretariat yang baru bagi SPRUMS Cawangan Kampus Sandakan. Selain itu juga, turut membincangkan hala tuju SPRUMS. Walaupun tak ramai yang join SPRUMS di cawangan tetapi alhamdulillah...ada juga yang sudi join. 

  
Antara anggota dan rakan sekretariat SPRUMS Cawangan Kampus Sandakan. Saudara Hariz Faisal Bin Abdul Halim memberi sedikit taklimat ringkas berkenaan dengan SPR IPT dan SPRUMS kena anggota dan rakan sekretariat yang baru. Dan untuk makluman semua, kalau tiada apa-apa halangan. Bulan November 2012 pihak SPRUMS akan mencari anggota dan rakan sekretariat SPRUMS di Kampus Labuan pulak. Doa-doakan kami supaya berjaya. Harap berjaya la misi kami iaitu meramaikan ahli SPR IPT dalam membantu SPRM menGAYANG RASUAH dan meningkat nilai-nilai integriti dan kesedaran tentang bahayanya rasuah kepada kita semua.


Berdiri serupa model kan dorang ni. Ini antara "super model" SPRUMS yang suka sangat berada depan kamera. Memang dorang semua ni pantang nampak kamera la. Hehehe...
Ok. Ini semasa hari perbarisan pembukaan Pesta Tamu Gadang sempena Konvokesyen UMS Kali Ke-14.  Ada ramai sebenarnya yang sertai perbarisan wakil untuk SPRUMS tapi ini ja gambar yang sempat diambil. Tukang ambil gambar pun kena berkawad juga masa tu..Jadi tak boleh la nak bergambar sangat kan. Next time, pihak kami harap AJK Tamu Gadangg dapat jemput SPRUMS untuk sertai perbarisan dan berikan booth untuk kami...hehehe


Meeting lagi kita. Untuk makluman semua, pada 27hb Oktober hingga 2hb November 2012, SPRUMS akan menganjurkan program Jelajah Kenyalang SPRUMS. Berprogram ke Sarawak Bumi Kenyalang. Antara aktiviti yang diadakan adalah Ceramah Integriti dan Anti-Rasuah di UNiMAS, Lawatan ramah mesra bersama UPM Kampus Bintulu, Lawatan ke SPRM negeri Sarawak dan Kempen Jom Ganyang Rasuah di rumah panjangg Sibu. Harap program kali ini dapat berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.


Ok. Ada masa admin akan ceritakan tentang SPRUMS. Jangan lupa jalan-jalan di FB SPRUMS. Banyak info yang boleh diketahui di situ. Salam untuk semua. Jom Ganyang Rasuah. 




Saturday, October 6, 2012

Jom Kenali SPRUMS

Alhamdulillah selesai sudah satu program pada semester ini. Program yang baru diadakan adalah program Jom Kenali SPRUMS. Program ini diadakan pada 1 hingga 5hb Oktober 2012 bertempat Perpustakaan UMS. Tujuan program bagi memperkenalkan SPRUMS terutama SPRUMS kepada mahasiswa/i UMS. Selain itu, ia betujuan bagi mencari Rakan Sekretariat yang baru. Syukur alhamdulillah pihak kami menerima banyak permohonan bagi memohon menjadi Rakan Sekretariat. Temuduga akan dijalankan pada minggu hadapan.
Program Jom Kenali SPRUMS juga turut memberi maklumat berkenaan dengan apa itu rasuah dan nilai-nilai integriti. Rupa-rupanya ramai yang tak tahu apa itu rasuah dan integriti. Tapi bila adanya program seperti ini, ramai yang dapat tahu berkenaan dengan rasuah dan integriti. Harap,

Antara anggota SPRUMS yang menjayakan program. Senyum ye dik...hehehe


Sebahagian booth program.


Salah seorang pengunjung yang datang ke booth SPRUMS...thank you encik....




Dan




Kalau tak ada apa-apa halangan, minggu depan SPRUMS akan bergerak ke UMS cawangan Sandakan bagi memperkenalkan SPR kepada mahasiswa/i disana pulak. 




Sunday, September 16, 2012

Selamat Datang Semester Baru


Bermulalah semester baru pada semester ini. Semester 1 Sesi 2012/2013. Start semester baru mesti ada pelajar baru kan??? Di UMS, kira-kira 5000 pelajar baru yang ditawarkan di UMS. Kiranya intake kali ni paling ramai la. Bila paling ramai, confirm senior-senior pun bertukar jadi otai. Yang lelaki bertambah macho untuk memikat junior-junior perempuan. Yang senior perempuan lak mesti tercari-cari junior lelaki untuk dijadikan adik angkat. Hehehe...gurau je ye senior-senior. Hmmm....Tidak terlepas juga junior-junior lelaki dan perempuan. Tercari-cari senior untuk minta nota. Hehe...Apa pun selamat datang kepada pelajar-pelajar baru dan selamat kembali kepada pelajar-pelajar lama. Tidak kira pelajar UMS mahupun pelajar-pelajar dari seluruh universiti di Malaysia. Ayuh kita teruskan usaha mengapai cita-cita ibu dan ayah, bangsa dan negara. Demi masa depan kita bersama. Dan jangan lupa...ayuh kita join menjadi Rakan Sekretariat Pencegahan Rasuah...banyak manfaatnya pada diri, masyarakat dan negara.


Apa pun pesanan dari pihak admin :

Belajar sampai berjaya supaya dapat menjadi orang yang berguna pada diri, keluarga, masyarakat dan negara. 
Belajar sampai berjaya supaya dapat berbakti pada orang tua
Belajar sampai berjaya supaya dapat mejadi yang terbaik.
Belajar sampai berjaya supaya dapat memimpin keluarga dan negara di masa depan. 

Tapi jangannn...

Belajar sampai berjaya tapi akhirnya menerima dan memberi rasuah demi kejayaan dan kekayaan
Belajar sampai berjaya tapi akhirnya merosakkan diri, keluarga, masyarakat dan negara akibat terima rasuah
Belajar sampai berjaya tapi akhirnya tidak layak memimpin keluarga dan negara kerana anda menerima rasuah


INGAT TU YEE....=)



Kalau Sayangkan...


Kalau sayangkan diri, hiasi diri kita cantik-cantik
Kalau sayangkan kekasih, cintailah dia dengan sepenuh hati
Kalau sayangkan keluarga, luangkan masa bersama mereka selalu
Kalau sayangkan kawan-kawan, susah senang mesti bersama
Kalau sayangkan masyarakat, bantulah mereka yang susah
Kalau sayangkan negara, JAUHI RASUAH

Tingkatkan amalan integriti kita dan JAUHI RASUAH!!!




Thursday, August 16, 2012

Salam Aidil Fitri dari SPRUMS


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua....
Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut hari raya...dah siap persiapan raya???
Dalam menyediakan persiapan raya, jangan kita sesekali lupa kepada golongan yang memerlukan...
Jangan lupa bayar zakat dan bersedekah...semoga amalan pahala kita akan bertambah...insyaALLAH

Kami dari semua warga Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Sabah ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN








p/s : Raya...raya juga...RASUAH??? JANGAN!!! Jangan biarkan raya kita hancur kerana rasuah. SAY NO RASUAH!!! (^_^)



Friday, July 27, 2012

Salam Ramadhan dari SPRUMS



Kami dari warga Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Sabah ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa...semoga ramadhan tahun ini memberi lebih limpahan rezeki yang barakah kepada kita semua....aminnn.



.
.
.
.
.

Jom kita sama-sama mengerjakan ibadah dibulan puasa. 
My ramadhan resolution boleh menjadi our ramadhan resolution kan? =)
Selamat menjalani ibadah puasa semua....











Mael Lambong Tak Makan Rasuah

Pesanan dari Mael Lambung...ingat tu!!!

.
.
.
.
.
.
.
Mael Lambung pun tak makan rasuah...rasuah kan HARAM


SAY NO TO RASUAH!!!

Thursday, May 17, 2012

Bekas Penyelia Dihukum Penjara, Denda Kerana RASUAH



2012/05/16

JOHOR BAHRU: Seorang bekas penyelia hari ini dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM10,000 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan menerima rasuah daripada seorang pemilik nurseri, tahun lalu. 

Hakim Mohd Nasir Nordin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan tanpa keraguan munasabah kes tertuduh, Fadzly Ahmad, 33.
Fadzly, bekas pekerja Ranhill Water Services Sdn Bhd Cawangan Kluang, dituduh menerima RM2,000 daripada pemilik nurseri Simple Farm Sdn Bhd, Tam Chee Ming.
Suapan itu sebagai dorongan untuk tidak melaporkan kepada pihak Syarikat Air Johor kerana nurseri yang diurus oleh Simple Farm Sdn Bhd terbabit dikatakan melakukan kesalahan dengan menggunakan sistem paip air yang disambung dari bangunan persendirian. 

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di nombor 11, tingkat 1, Jalan Intan 7/1, Taman Intan, Kluang, kira-kira jam 5.40 petang, 2 April 2011. 

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum menurut Seksyen 24 akta sama, yang boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda suapan mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. 

Fadzly boleh dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan hari ini kerana mahkamah hanya membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara terhadapnya selepas peguam Ramesh Vasan dan Abraham Mathew yang mewakilinya memohon penangguhan pelaksanaan hukuman terbabit. 
Mohd Nasir memerintahkan rayuan pelaksanaan penangguhan hukuman penjara itu difailkan ke Mahkamah Tinggi dalam tempoh seminggu dan menetapkan wang jaminan RM5,000 sementara menunggu keputusan rayuan. 

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ridzuan Abd Malik memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh memandangkan kesnya membabitkan kepentingan awam selain mencemarkan nama syarikat. - BERNAMA 




-----------------------------------------------------------------------------------


Orang kata, kita kena jujur dalam pekerjaan. Bukan saja pekerjaan tetapi dalam setiap tindakan yang kita lakukan. Biar ada berkat lagi halal. Tak gitu?? Macam kisah dalam akhbar ni. Kerana duit semua orang jadi kabur. Kerana takut dan ingin kejar keuntungan, semua jadi kabur. Akhirnya, diri sendiri yang parah dan merana. 
Jadi, renung-renungkan.....fikir dulu sebelum buat....

Wednesday, May 9, 2012

Apa aktiviti SPRUMS bulan ni?

Bulan ini aktiviti SPRUMS sangat padat. Boleh dikatakan setiap minggu ada program yang dijalankan. Baru-baru ini SPRUMS telah melancarkan PROGRAM SEKOLAH ANGKAT di SMKA Kota Kinabalu, Sabah. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang tempoh program ini berlansung. Program ini berlansung selama sebulan. Antaranya adalah PERTANDINGAN BUKU SKRAP dan PROGRAM MENATAP DAN MENDENGAR. 

Itu untuk Program Sekolah Angkat. Hujung minggu ini pulak, SPRUMS akan mengadakan program santai dan riadah (akhirnya dapat juga kami semua rehat dan bersuka-ria...hehe). PROGRAM FAMILY DAY SPRUMS akan diadakan di ODEC, UMS pada hari sabtu ini. Pelbagai aktiviti telah dirancang bagi menjayakan program ini. Yang penting aktiviti wajib iaitu mandi pantai mesti ada. Hehehe...nak buat macam mana. Sabah ni kan pulau, so banyak aktiviti dilakukan ditepi pantai.

Lepas habis aktiviti santai, anggota dan RS SPRUMS akan sambung berprogram lagi. SPRUMS akan adakan MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM SEKOLAH ANGKAT pada 24hb Mei 2012. Walaupun majlis penutupan program ini diadakan tetapi hubungan antara pihak sekolah dan SPRUMS tidak terputus begitu sahaja. Terdapat beberapa program lagi yang dirancang dengan kerjasama sekolah angkat. Memandangkan semester ini adalah semester pendek. Jadi program-program tersebut akan diadakan pada semester depan. Program apa ek?? Tunggu...

Selepas selesai Majlis Penutupan Sekolah Angkat, 25hb Mei 2012 akan diadakan MALAM PENGHARGAAN DAN MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN kepada anggota SPRUMS yang baru dilantik. terdapat 24 orang anggota SPRUMS yang dilantik. Tema pada malam tersebut adalah Grammy Night. Tema warna adalah gold. Memang kelasss dan glamor la anggota SPRUMS dan rakan sekretariat pada malam tu. Mungkin juga tetamu-tetamu jemputan tidak mahu terlepas peluang berposing di atas red carpet. Hehehe.

Pada keesokan harinya, 26hb Mei 2012 akan diadakan PROGRAM CERAMAH INTEGRITI DAN ANTI-RASUAH (CITRA). Program ini akan disertai oleh 7 institutsi pengajian tinggi iaitu Institut Perguruan Kampus Kenth, Tuaran, Institut Perguruan Kampus Gaya, Institut Perguruan Kampus Keningau, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Politeknik Kota Kinabalu, UiTM Kampus Kota Kinabalu dan UMS. Selain aktiviti ceramah, pengisian dalam program ini juga adalah Round Table Discussion (RTD). Hasil resolusi akan diberikan kepada Pengarah dan Naib Canselor Institusi  masing-masing.

Diharap 7 program SPRUMS yang dirancang akan berjalan dengan lancar dan jayanya. Selesai program semua anggota SPRUMS dan juga rakan sekretariat akan berjuang menghadapi final exam pada semester ini. Good Luck semua!!!


Jom Saya Belanja!!!

Lama juga admin tak update blog SPRUMS ni. Hari ni admin nak cerita tentang satu perkara yang admin dengar disuatu tempat yang perlu dirahsiakan. Situasi di pejabat dan kedai makan. Abu adalah seorang kontraktor binaan. Rosnah pula adalah seorang kerani kewangan disalah sebuah syarikat. 

Abu       : Jom makan. Lapar la. Buat kerja banyak-banyak 
               pun tak ada rehat...susah juga. Jom kita makan sama-sama
Rosnah  : Ye la. Jom. Saya pun lapar juga ni. Kita makan kat gerai bawah 
               office saja la k. Sedap juga gerai kat bawah tu.
Abu       : Ok je. Mana-mana pun boleh. Janji dapat ngappp....hehehe.
Rosnah  : Heehehe.

Selepas makan, mereka ke kaunter bayaran.

Rosnah  : Kak, berape ye? Em. Tadi saya makan nasi putih, sup tulang 
               dan air jus tembikai.
Abu       : Eh. Tak ape-ape. Biar saya yang bayar. Biar saya belanja awak 
               hari ni, ok?
Rosnah  : Eh. Tak ape la. Biar saya yang bayar harga makanan saya. 
               Susah-susahkan awak saja. 
Abu       : Tak ape. Sekali-sekala saja. Bukannya selalu. Lagipun dapat 
               rezeki lebih. Apa salahnya kita kongsi dengan kawan-kawan
               ...kan?
Rosnah  : Yeke. Tak ape la kalau macam tu. Terima kasih ye. 
               (Dalam hati : Kalau tahu dia nak  belanja aku makan. Aku 
               ambik lauk banyak sikit tadi. Dah alang-alang..kan..hehehe)
Abu      : Hahaha..sama-sama. Em, kak. Berapa ye semua??
Tauke Kedai : Baiknya awak. Em. semua sekali RM30.00 saja. 

Abu seringkali belanja Rosnah makan setiap kali Abu datang ke pejabat Rosnah. Rosnah pula seperti sudah biasa dengan situasi tersebut. Pada suatu hari....

Abu       : Em..Rosnah. Payment saya tu macam mana ar? Dapat ke?
Rosnah  : Ow. Dapat cuma lambat sikit la sebab kita kena ikut prosedur. 
               Kena tunggu sebulan juga la untuk keluar payment. Lagipun 
               pegawai yang beri kelulusan tak ada. Dia pergi kursus. Minggu 
               depan baru ada.
Abu      : Yeke. Lambat juga tu. Kalau tak tunggu pegawai tu tak boleh 
              ke? Lagipun pegawai tu cerewet la. Dah banyak kali payment 
              saya tak lepas. Katanya maklumat yang saya beri tak lengkap. 
              Lagipun dia tak berapa suka saya. Selalu tuduh saya tak ikut 
              prosedur untuk dapatkan tender. Tak suka la dia tu. Rumit 
              sangat. Rosnah..tolong la saya. Cepatkan payment tu. Nanti 
              saya belanja awak makan, ok? Saya bawa awak makan kat 
              restoran di hotel sana tu, Ok?
Rosnah : Pegawai tu memang macam tu. Cerewet sikit. Tak apa la.
              Disebabkan awak selalu belanja saya makan. Saya tolong 
              cepatkan payment awak, ok. Saya akan pastikan dua tiga 
              hari lagi payment awak tu keluar. Jangan risau, ok? Saya
              boleh uruskan. 
Abu      : Tapi pegawai yang beri kelulusan tu tak ada kan? Macam mana?
Rosnah : Tak apa. Jangan risau. Saya boleh uruskan. Pandai-pandailah 
              saya uruskan nanti. Janji awak belanja saya makan. Hehe.
Abu      : Boleh..boleh..boleh. Jangan risau. Saya belanja awak 
              makan punya la. Cakap je kat mana. 
Rosnah : Hahaha....ok.

.
.
.
.
.

Oppssssssssss....ini dah jadi rasuah ni. Walaupun Abu hanya belanja Rosnah makan tetapi ia tetap dikategorikan memberi dan menerima rasuah. Rasuah tu kan dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. 

.
.

Jadi kepada kakitangan kerajaan mahupun swasta, jangan la menerima rasuah atau sesuatu untuk kepentingan diri sendiri. Tak kira baik mana pun orang itu tetapi kalau hampir memusnahkan kerjaya anda, lebih baik jauhkan.

Jadi KATAKAN TIDAK PADA RASUAH!!!




Wednesday, April 11, 2012

Senarai Nama Pemenang Pertandingan Pidato Sempena Sambutan Bulan Integriti

Berikut adalah senarai nama peserta bagi pertandingan pidato sempena sambutan bulan integriti UMS kali ke-2 tahun 2012. Para peserta boleh menuntut sijil penyertaan di pejabat Sekretariat Pencegahan Rasuah UMS di Anjung Siswa.





BIL.
NAMA
NO. MATRIK
NO. I/C
1
Nor Liyana Binti Mohd Noor
BK 10110204
910404 - 06 - 5584
2
Sebasteo Mc Daimler Bin Stanislaus
BA 10110376
900317 - 12 - 5527
3
Mohamad Hanafi Bin Sedi
BB 10110330
901016 - 08 - 5255
4
Mohammad Aliff Bin Othman
BA 11110087
910800 - 12 - 6249
5
Fandyi Sanizan Bin Jurud
BP 11110078
910800 - 12 - 5351
6
Azaina Binti Lanus
BT 11110018
910522 - 12 - 5832
7
Jufazli Bin Shi Ahmad
BA 09110120
891001 - 12 - 6249
8
Nabilah Binti Saiful Bahrin
BC 11160217
911006 - 05 - 5174
9
Siti Anisah Sulaiha Binti Muhamad Radzi
BC 11160224
910321 - 02 - 5392
10
Azieyana Binti Aziz
BT 11110019
920527 - 12 - 6286
11
Noorhazana Binti Samsuddin
BT 11110113
910426 - 11 - 5060
12
Mohd Khairuddin Bin Daud
BS 09110004
900212 - 12 - 5571

Monday, April 2, 2012

Top 25 world's most corrupt countries



Do we need to feel happy when Malaysia is not listed in Top 25 World's Most Corrupt Countries???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Yes???
Hmmmmmmm??? Did we should happy to hear that???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
The answer is....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
NO!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
We need to FIGHT, FIGHT and FIGHT CORRUPTION
This is because corruption is everywhere and can destroy our country
Corruption is crime. Start from small crime and can be the biggest crime and could threaten national security.
.
.
.
We need to save our country, our community and especially our generation from corruption



SAY NO CORRUPTION!!!





Sunday, April 1, 2012

Jangan Hapuskan Integriti

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat hari ahad dan selamat beristirehat. Yang masih belajar, jangan lupa untuk siapkan assignment yang diberi oleh lecturer. Alhamdulillah, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah berjaya menjalankan sambutan bulan integiti. Sambutan Bulan Integriti telah diadakan pada bulan Mac lepas. Program ini adalah hasil kerjasama antara Jabatan Pendaftar UMS dan SPRUMS. Banyak program dirancang bagi menjayakan program ini. Sambutan antara peringkat pelajar dan staf UMS sangat menggalakan. Kami di pihak SPRUMS sendiri berharap program yang telah dirancang itu dapat memberi input yang berguna kepada semua.



Alahai, sambutan bulan integriti dah habis. Jadi bulan ni dan bulan-bulan seterusnya tak ada integriti lagi la ye?  Sambutan bulan integriti kan dah habis. Jadi, kita kena tunggu tahun depan la untuk kita mengamalkan sikap berintegriti? Hmmm....
.
.
Jawapannya....
.
.
NO! NO! NO! TIDAK! Integriti bukan hanya perlu wujud bila ada sambutan atau kempen sahaja. Integriti perlu ada dalam setiap diri manusia. Tidak kira tempat, masa dan hari. Everytime we need integrity in ourself. Jangan sesekali kita musnahkan integriti dalam diri kita. Tanpa integriti kehidupan kita boleh hancur malah juga negara. INTEGRITI itu adalah lambang KESEMPURNAAN, KEJUJURAN, KEIKHLASAN dan KEUTUHAN. Semua itu harus ada dalam diri kita. Bukan sahaja dalam diri kita sendiri tetapi masyarakat. 

 Jangan musnahkan integriti dalam kehidupan seharian
.
.
.
Nak tahu tak? Bila integriti tidak ada dalam diri setiap manusia atau nilai integriti itu hilang dari kehidupan masyarakat. RASUAH PASTI BERMAHARAJALELA. Kurangnya nilai integriti, semakin tinggi kadar rasuah berlaku. JANGAN BIARKAN IA BERLAKU.

Katakan TIDAK pada RASUAH
.
.
.
.
.
KITA HARUS GANYANG RASUAH
demi kebaikan bersama

dan 

TINGKATKAN AMALAN INTEGRITI DALAM DIRI KITA DAN MASYARAKAT
.
.
.
.
.
.
Jadi
KATAKANLAH
.
.
.




p/s : Bebaskan negara dari rasuah....=)

Wednesday, March 28, 2012

Apa Itu Integriti?

Sempena sambutan bulan integriti ni, rasanya ramai yang tidak tahu apa itu integriti. Apa ek integriti tu?? Tapi kan ada yang tahu tapi tidak mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Ishhh...tak baik tu. Ok. Kepada yang  tak tahu apa itu integriti..jom kita kenalinya dan sama-sama kita amalkan sikap integriti.


Untuk pengetahuan korang semua, dalam INTEGRITI ada tiga tahap iaitu INDIVIDU, ORGANISASI dan PENJAWAT AWAM. Dibawah ni, ada penjelasannya...

INTEGRITI
Integriti secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkaitan erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan seharihari.

1. Integriti Individu
Integriti individu ialah keselarasan di antara apa yang dikatakan oleh individu dengan apa yang dikotakannya; keselarasan di antara tindakannya dengan prinsip moral, etika dan undang-undang; serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. Apa yang dilakukan individu itu pula cepat, tepat dan bermutu. Apabila dia bertindak atau bertingkah lalu demikian secara konsisten dalam pelbagai segi, dia dikatakan mempunyai integriti. Apabila bertindak sebaliknya, dia dikatakan tidak berintegriti atau lemah integritinya.

2. Integriti Organisasi
Selain individu, organisasi juga mesti mempunyai integriti. Integriti organisasi tercermin dalam perumusan dan pelaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika organisasi ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi.
 
3. Integriti Penjawat Awam
Bagi individu yang memegang amanah seperti mereka yang menjawat jawatan awam, integriti bermaksud melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Penjawat jawatan itu tidak boleh menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat sendiri. Apabila berlaku konflik kepentingan, ia mesti diselesaikan dengan memberi keutamaan kepada kepentingan awam. Dengan demikian penjawat itu perlu telus dan tulus, harus memikul pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang di bawahnya dan kepada pihak lain.



Integriti tu wajah kita tau....


Jemputan Ke Majlis Penutupan Sambutan Bulan Integriti UMS Kali Ke-2 Tahun 2012



Dijemput mahasiswa-mahasiswa UMS ke Majlis Penutupan Sambutan Bulan Integriti UMS Kali Ke-2 Tahun 2012. Tarikh dan masa adalah seperti berikut :


Tarikh   : 30hb Mac 2012 (Jumaat)
Masa     : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Resital, SPS


Mohon semua mahasiswa membawa kad pelajar masing-masing untuk kutipan mata MySDP. Sekian, terima kasih.

**Jom ramai-ramai memeriahkan lagi majlis ini...=)

Saturday, March 3, 2012

Pertandingan Sempena Bulan Integriti


Sempena sambutan bulan integriti, Jabatan Pendaftaran UMS dengan kerjasama Sekretariat Pencegahan Rasuah UMS telah menganjurkan pertandingan pidato dan kuiz. Semua pelajar UMS dijemput untuk menyertai pertandingan ini. Hadiah dan sijil penyertaan disediakan kepada pemenang. Maklumat pertandingan adalah seperti berikut :

BIL
PERTANDINGAN
TARIKH
1
Kuiz
12 hingga 23hb Mac 2012
2
Pidato
14hb Mac 2012


SYARAT-SYARAT PERNYERTAAN

1. Pertandingan Kuiz ( Kategori Pelajar )

Tarikh    : 12 hingga 23hb Mac 2012
Masa     : 8.30 pagi hingga 10.00 malam
Tempat  : 1Megalab, Perpustakaan UMS

Syarat-syarat :
i.   Terbuka kepada semua pelajar Universiti Malaysia Sabah.
ii.  Soalan kuiz perlu dijawab di 1Megalab, Perpustakaan UMS.
iii. Slogan perlu diisi dengan tidak melebihi 15 patah perkataan. 

Borang penyertaan :
i. Soalan kuiz disediakan secara online di 1Megalab, Perpustakaan UMS.


2. Pertandingan Pidato ( Kategori Pelajar )

Tarikh    : 14hb Mac 2012
Masa     : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat  : Anjung Circle, Anjung Siswa

Syarat-syarat :
i.   Terbuka kepada semua pelajar Universiti Malaysia Sabah.
ii.  Penggunaan bahasa melayu sahaja.
iii. Masa persembahan penyampaian pidato diantara 5 hinggan 7 minit.
iv. Pakaian formal.

Borang penyertaan :
i. Boleh didapati di dalam laman web Jabatan Pendaftar UMS.

Tajuk pertandingan :
i.   Budaya Integriti : Indah Khabar Dari Rupa ?
ii.  Persepsi Vs Realiti Masyarakat Terhadap SPRM
iii. Pelajar IPT Sebagai "Key Communicator" dan "Eyes" SPRM
iv. Facebook Sebagai Medium Penyampaian Mesej Integriti dan Anti
    Rasuah
v.  Kurikulum Pengajian Tinggi Berjaya Melahirkan Modal Insan Berintegriti


*********************************************************
Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi saudari Za'imah Binti Zakaria (0128307192) atau datang ke pejabat Sekretariat Pencegahan Rasuah UMS, Anjung Siswa.