Sunday, January 18, 2015

Sarawak Negeri Pertama Tandatangan Ikrar Integriti





#SPRUMS : kami selaku mahasiswa, amat bersetuju dengan tindakan Menteri Negeri Sarawak, kerana telah melangkah satu tapak kehadapan, dengan mendatangani ikrar ini, dimana ikrar ini, menjadikan satu guide line kepada menteri-menteri di sarawak untuk berkerja dengan lebih berintegriti, lebih profesional . dan kami berharap kesemua menteri-menteri di seluruh negeri di Malaysia juga mengambil tindakan yang sama, bagi menuju ke arah Malaysia bebas daripada perkara yang negatif seperti Rasuah, penyalah gunaan kuasa .
Ikrar Integriti ini terdiri daripada perkara berikut:

1. Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah;
2. Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada gejala rasuah;
3. Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan etika pentadbiran Kerajaan Negeri;
4. Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang bentuk perlakuan jenayah rasuah;
5. Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integriti dan imej kementerian, jabatan dan agensi perkhidmatan awam;
6. Mematuhi sepenuhnya kod etika kementerian dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas; dan
7. Melaksanakan sepenuhnya terma rujukan yang ditetapkan dalam Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus Kementerian secara bersepadu dan berterusan.

kami juga berharap pegawai dan masyarakat mencontohi dan melanksana perkara tersebut.

SUMBER :
YOUTUBE: Sidang Media Majlis Menandatangi Ikrar Integriti Menteri Menteri Kabinet Negeri Sarawak http://youtu.be/Z-aUPCUTmcA

PORTAL RASMI SPRM: Sarawak Negeri Pertama Tandatangan Ikrar Integriti. Baca Lanjut di http://www.sprm.gov.my/sarawak-ip.html

Thursday, January 15, 2015

Penubuhan Jawatankuasa Integriti Pengurusan Tabung Dan Dana Banjir




PUTRAJAYA, 12 Januari 2015 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Audit Negara telah menubuhkan ‘Jawatankuasa Integriti Pengurusan Tabung dan Dana Banjir’ bagi memastikan pengurusan dana dan tabung banjir dikendalikan dengan telus dan teratur serta bebas daripada penyelewengan dan salah laku.

Bagi maksud itu, satu Bilik Gerakan telah dibuka di Pejabat SPRM Kelantan. Bilik Gerakan ini akan berperanan sebagai Pasukan Khas, yang dianggotai oleh wakil SPRM, MKN dan Jabatan Audit Negara. Pasukan Khas ini akan menyiasat segala aduan dan maklumat mengenai penyelewengan dan salah laku dalam pengurusan dana dan tabung banjir.

Orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan ini menerusi talian 019-284 9134, 019-284 9234 atau 019-284 9389. Jawatankuasa ini akan diketuai oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Datuk Mustafar Ali. Ia turut dianggotai oleh wakil MKN dan Jabatan Audit Negara.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata inisiatif dan kolaborasi sebegini perlu dicontohi oleh jabatan-jabatan lain.

“Inisiatif ini adalah hasil usaha MKN dan merupakan permintaan MKN sendiri,” jelasnya lagi.

Beliau memberitahu SPRM juga ada menerima satu aduan berkenaan dengan pengagihan bekalan setakat ini. Bagaimanapun, ia tiada kaitan dengan elemen rasuah ataupun penyelewengan.

Beliau juga berkata, Jawatankuasa ini akan memfokus kepada beberapa perkara iaitu sebagai satu saluran bagi masyarakat melaporkan sebarang aduan mengenai salah laku pengurusan bantuan kepada mangsa banjir.

Selain itu, Jawatankuasa ini turut membantu kerajaan dalam memastikan pengurusan tabung dan dana yang telus dan teratur serta sampai kepada mangsa-mangsa banjir serta mengkaji dan mencadangkan penambahbaikan integriti sistem penyampaian dan pengurusan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

Dalam pada itu, Setiausaha MKN Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab menjelaskan Jawatankuasa ini turut akan memantau sebarang tabung atau dana banjir yang diterajui oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan sektor swasta.

“Kita akan menelitli setiap aduan serta membantu NGO dan sektor swasta untuk meningkatkan ketelusan dan sistem integriti,” jelasnya.

Beliau turut berkata Jawatankuasa ini akan melaksanakan kaedah terbaik yang boleh digunakan untuk menyalurkan peruntukan RM500 juta oleh pihak kerajaan kepada mangsa-mangsa banjir secara telus, amanah dan berintegriti.

“Fungsi Jawatankuasa ini adalah untuk memantau dan memastikan pemberian bantuan dan peruntukan kepada mangsa banjir dilaksanakan sepenuhnya,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Audit Negara (Sektor Audit Kerajaan Persekutuan), Datuk Haji Anwari Suri. Menurut Anwari, Jabatan Audit akan melaksanakan ‘Compliance Auditing’ bagi memastikan pematuhan dari segi prosedur.

SUMBER: http://www.sprm.gov.my/bt-jk-tabung-banjir.html
Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=JD-_qLmUT4c

#SPRUMS : SPRM telah berusaha membantu,agar masyrakat Malaysia dapat menderma tanpa penyelewangan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. untuk membantu mangsa-mangsa banjir yang amat diperlukan.
dan kami mengharap masyarakat dapat melaporkan kepada talian yang diberi jika was-was dengan peminta derma. agar pihak SPRM dengan 2 jabatan lagi dapat membantu membanteras masalah ini.

SPRM Hantar Misi Bantuan Pascabanjir, Bantu Warga Sekolah








KUALA LUMPUR, 9 Januari 2015: Seramai 150 sukarelawan yang terdiri daripada warga kerja Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berlepas ke Temerloh, Pahang hari ini untuk mengambil bahagian dalam misi bantuan pascabanjir anjuran SPRM.


Misi bantuan ini akan memberi fokus ke atas aspek membersihkan tiga sekolah di Daerah Temerloh iaitu Sekolah Rendah Agama At-Taqwa, Sekolah Kebangsaan Tanjung Lalang dan Sekolah Kebangsaan Teluk Sentang memandangkan sesi persekolahan 2015 akan bermula minggu hadapan.


Pasukan sukarelawan kali ini yang turut disertai kadet yang mengikuti program latihan asas pegawai siasatan di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dilepaskan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed pada satu majlis ringkas pagi ini.


“Saya juga ingin mengingatkan kepada semua sukarelawan untuk melaksanakan misi bantuan ini dengan niat ikhlas dari hati untuk membantu dan bukan kerana program semata-mata” kata Abu Kassim.


Abu Kassim juga turut mengingatkan kepada sukarelawan untuk menjaga kesihatan diri.


Misi bantuan kemanusiaan ini juga menerapkan nilai kemasyarakatan selain ilmu penguatkuasaan yang ditekankan kepada pegawai kadet.


“Pegawai kadet yang pergi hari ini akan melalui satu proses nilai yang baru kerana bukan sahaja perlu untuk mahir dalam ilmu penguatkuasaan tetapi juga perlu mempunyai elemen kemanusiaan dengan niat untuk membantu,” kata beliau pada majlis yang diadakan di MACA di sini.


Tambah beliau: “Tunjukkan SPRM ini mempunyai jiwa masyarakat dengan menghulurkan bantuan dan mendekati masyarakat.”


Misi bantuan kemanusiaan SPRM pascabanjir ini adalah antara yang dilaksanakan sebagai tanda sokongan dan membantu mangsa berikutan banjir besar yang melanda negara terutama di bahagian Pantai Timur Semenanjung Malaysia.


Khidmat sukarelawan ini merupakan misi kedua dalam tempoh dua minggu ini.


Misi kali ini yang dilaksanakan selama tiga hari bermula hari ini diketuai oleh Pengarah MACA, Datuk Abdul Wahab bin Abdul Aziz.


Kata Abdul Wahab, pasukan sukarelawan akan membersihkan sekolah dan melawat ke tempat-tempat yang dilanda musibah banjir pada hari ini.


“Dan esok akan ada satu lagi pasukan dalam 70 orang kadet dan pegawai SPRM hantar bantuan ke Kuala Krai dan Temerloh secara berasingan”, tambah beliau.


Minggu lalu, warga kerja SPRM yang diketuai oleh Datuk Haji Zakaria Jaffar, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) telah mengerakkan misi bantuan bagi keluarga warga kerja SPRM sendiri yang terlibat dengan banjir.


Bantuan yang diberikan adalah dari segi barang keperluan asas, sumbangan berbentuk wang selain membersihkan rumah warga kerja SPRM yang terlibat dengan banjir di Pahang dan Kelantan.


Kira-kira 38 buah keluarga pegawai SPRM di Pahang, Terengganu dan Kelantan berhadapan dengan musibah banjir, mengakibatkan kerugian keseluruhan dianggarkan lebih kurang RM250,000.


SUMBER: http://www.sprm.gov.my/bt-misi-bantuan.html


‪#‎SPRUMS‬: tahniah kepada SPRM kerana telah menghantar bantuan kepada mangsa banjir. teruskan usaha ini agar niat ikhlas kita dapat membantu bagi menjalankan tugas menghapuskan RASUAH dimuka bumi MALAYSIA ini pada masa akan datang INSYAALLAH. kami SPRUMS sentiasa memberi sokongan