Sunday, July 27, 2014

Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin!


 
Kami mendoakan supaya anda selamat sampai ke kampung halaman
masing-masing untuk meraikan hari raya bersama keluarga tersayang....




Semua kekayaan yang didapati secara haram tidak mendapat keberkatan. Islam mengharamkan rasuah tanpa tolak ansur seperti
 
sabda Rasulullah yang diriwayatkan at-Tirmizi yang bermaksud:
“Penerima dan pemberi rasuah akan ditempatkan di dalam api neraka.”
 
Kita dituntut mencari rezeki halal daripada sumber baik dan bersih.
 
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, pada hal kamu mengetahui (salahnya).”
(Surah al-Baqarah, ayat 188).
 
Sumber halal pastinya menjamin serta memberi kesan positif kepada kehidupan seseorang. Menggunakan apa saja bentuk keistimewaan daripada amalan rasuah akan menjadi darah daging.


Sunday, July 6, 2014

SPRM Tahan Dua Anggota Sindiket Jual Pasport Palsu


PUTRAJAYA, 4 Julai - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi menahan dua lelaki berumur lingkungan akhir 20-an disyaki terbabit dalam sindiket menjual pasport antarabangsa Malaysia yang mengandungi butiran yang dipalsukan untuk kegunaan warga asing.
 
Kedua mereka ditahan dalam satu operasi di sekitar  Puchong, Selangor  antara 11 dan 11.30 malam tadi.
 
Pasukan penyiasat SPRM menahan  seorang daripada individu berkenaan ketika mereka sedang cuba memberi rasuah bagi tujuan mendapatkan pasport antarabangsa Malaysia untuk kegunaan warga asing.
 
SPRM turut merampas wang tunai  hampir RM70,000 yang ditemui di tempat kejadian, dipercayai bayaran untuk pasport yang bakal dibekalkan.
 
Kedua-dua mereka dibawa ke Ibu Pejabat SPRM untuk membantu siasatan dan dijangka akan dibebaskan pada hari ini dengan jaminan sejumlah wang tunai oleh penjamin.
 
Hasil kerjasama antara Jabatan Imigresen Malaysia dan SPRM ini merupakan salah satu langkah proaktif dalam menangani isu sindiket yang menggunakan maklumat warga tempatan untuk tujuan perolehan pasport warga asing.
 
SPRM mengucapkan terima kasih ke atas kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh Jabaran Imigresen sehingga membawa kepada penangkapan dua individu terbabit.
SPRM juga yakin penangkapan ini akan membuka jalan untuk mengesan dalang sebenar sindiket terbabit.
 
DATO MOHD JAMIDAN ABDULLAH
PENGARAH BAHAGIAN SIASATAN
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
4 Julai 2014