Tuesday, May 20, 2014

SIAPA KITA KEPADA NEGARA

SIAPA KITA KEPADA NEGARA 2014
AKTIVITI SPRUMS KAMPUS SANDAKAN



ANJURAN :
SEKRETARIAT PENCEGAHAN RASUAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PADA :
03 MEI 2014

TEMPAT:
SMK ELOPURA BESTARI, SANDAKAN, SABAH

DENGAN KERJASAMA :
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA NEGERI SABAH
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
JABATAN HAL EHWAL MURID SMK ELOPURA BESTARI, SANDAKAN, SABAH



PENDAHULUAN:
Program ini adalah program pertama kali yang dikendalikan oleh SPRUMS bagi Kampus Sandakan, Sabah. Program ini mendapat sambutan yang baik dikalangan pelajar SMK Elopura Bestari. Hasil daripada program ini, para pelajar sekolah dapat menerima dengan baik apa yang ingin disampaikan oleh SPRUMS sendiri tentang apa itu rasuah. Selain itu, program ini juga memberi pendedahan kepada para pelajar yang bakal memimpin negara suatu hari nanti tentang bahayanya rasuah dan kesan buruknya terhadap pentadbiran komuniti dan negara. Disamping itu, dapat melahirkan generasi muda yang bertanggungjawab dalam membentuk hubungan sosial yang mantap terhadap masyarakat sekeliling di samping menekankan aspek intelektual terhadap komuniti serta merapatkan jurang antara pelajar sekolah dengan mahasiswa yang bertanggungjawab dalam membentuk hubungan sosial yang mantap terhadap masyarakat sekeliling di samping menekankan aspek intelektual terhadap komuniti.

TUJUAN:

     Bertujuan bagi membina hubungan antara UMS dengan sekolah-sekolah sekitar Sandakan. Disamping itu, program ini dapat membantu SPRM menyebarkan maklumat berkenaan bahaya rasuah kepada komuniti.

OBJEKTIF:
I.      Memberikan pendedahan kepada para pelajar yang bakal memimpin negara suatu hari nanti tentang bahayanya rasuah dan kesan buruknya terhadap pentadbiran komuniti dan negara.
ii.    Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab dalam membentuk hubungan sosial yang mantap terhadap masyarakat sekeliling di samping menekankan aspek intelektual terhadap komuniti.

iii.   Mewujudkan satu ukhwah yang kukuh di antara sekolah-sekolah sekitar Sandakan,  tanpa mengira teras dan agama selari dengan konsep 1 Malaysia seperti yang disarankan Perdana Menteri Malaysia sendiri.

PENGLIBATAN PELAJAR/PENCERAMAH:
Kehadiran secara keseluruhan adalah seramai 87 orang pelajar SMK Elopura Bestari untuk program  yang dianjurkan.
Penceramah Jemputan:
·         Nama penceramah                 : Shuhaimi B. Abdul Manap
·         Tajuk ceramah                        : Apa Itu Rasuah Dan Pengenalan Kepada SPRM
·         Background penceramah       : Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Sandakan

      IMPAK/ HASIL PROGRAM
1.    Program yang diadakan secara tidak langsung dapat membantu pelajar dalam  memahami makna apa itu rasuah dengan lebih spesifik.
            2.    Pelajar-pelajar dapat mengenalpasti perkara-perkara yang menjurus kepada rasuah           dan membimbing mereka untuk menghindari darinya.
            3.    Pelajar-pelajar lebih bersedia, berkebolehan dan berkeyakinan dalam menghadapi            sebarang dugaan yang bakal mereka hadapi yang bersangkut-paut dengan rasuah
            4.    Peserta yang menyertai program ini akan dilihat dan ditinjau perlakuan, kerjasama          yang diberikan antara kumpulan serta pemahaman mereka mengenai rasuah.
 GAMBAR AKTIVITI :



Para peserta dan AJK bergambar bersama En Shuhaimi selesai program

Para peserta bersiap-sedia untuk slot yang seterusnya

Aksi pelajar sewaktu diberi penerangan tentang program yang bakal mereka jalani

Sesi “ice-breaking”

Para pelajar sedang dalam perbincangan bersama kumpulan

Para sedang dalam perbincangn membuat “yell” untuk kumpulan

Soal jawab semasa slot ceramah 

Penyampaian hadiah kepada pemenang

Penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan oleh pengarah program

Penyampaian cenderahati kepada wakil sekolah oleh Ketua SPRUMS 
Kampus Sandakan

No comments: