Thursday, May 22, 2014

PROGRAM GOTONG ROYONG UMSKALIANS

PROGRAM GOTONG ROYONG UMSKALIANS
AKTIVITI SPRUMS KAMPUS LABUAN



ANJURAN :
SEKRETARIAT PENCEGAHAN RASUAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH,
KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN

PADA :
22 MAC 2014

TEMPAT :
KAMPUNG SUNGAI LABU, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN



Masa : 
8.00pagi-11.00pagi


DENGAN KERJASAMA :
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH



PENDAHULUAN:
Program ini merupakan program yang membawa manfaat kepada kedua-dua pihak masyarakat kampus dan masyarakat sekitar Labuan. Program ini telah memberikan pengalam kepada warga kampus di mana beriadah itu penting dalam kehidupan harian bagi melahirkan generasi yang produktif dan efektif. Diharapkan program seumpama ini bakal dilaksanakan dan terbukakepada semua pelajar lain.



TUJUAN PROGRAM:

1.Membantu penduduk Kampung Sungai Labu dengan menceriakan kawasan kampung.

2.Melahirkan semangat dan nilai berkerjasama dalam kalangan rakan sekretariat, pelajar dan penduduk kampung.

3.Mengeratkan hubungan silaturahim di antara masyarakat kampus dan masyarakat sekitar Labuan tanpa mengira ras dan agama.


OBJEKTIF PROGRAM :

1.Memberikan nilai faedah kepada golongan belia komuniti dan mahasiswa tentang peranan mereka sebagai pendokong wawasan dan pemimpin negara pada masa hadapan.

2Menerapkan nilai keperihatinan terhadap alam sekitar dalam kalangan peserta serta warga kampus.

3.Mewujudkan satu ukhwah yang kukuh di antara masyarakat kampus dan masyarakat sekitar Labuan tanpa mengira ras dan agama selari dengan konsep 1 Malaysia seperti yang disarankan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia kita sendiri.

4.Salah satu cara untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat mengenai rasuah melalui penekatan mendekatkan diri dengan masyarakat sekitar.


PENGLIBATAN PESERTA: 

Seramai 50 orang peserta yang disasarkan untuk mengikuti program ini. Peserta yang menyertai program ini. Peserta yang menyertai program ini termasuklah :
a. Rakan Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia
Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).
b. Mahasiswa/mahasiswi UMSKAL
c. Penduduk Kampung Sungai Labu


IMPAK PROGRAM :
1.Peserta dapat melakukan aktiviti dengan penuh bersemangat.

2.Peserta dapat berkerjasama dengan penduduk Kampung Bukit Kuda
tanpa mengira ras dan agama.
3.Peserta dapat memberikan layanan yang mesra dan menghormati golongan belia Kampung Sungai Labu yang seterusnya telah mengeratkan hubungan di antara masyarakat kampus dan masyarakat sekitar Labuan.

4.Peserta telah memberi kerjasama dan komitmen yang baik sepanjang program ini dijalankan.


TENTETIF PROGRAM
PROGRAM GOTONG ROYONG UMSKALIANS:

TARIKH / MASA
AKTIVITI
7.30 – 8.00Pagi
- Pendaftaran Peserta
8.00 – 10.00 Pagi
- Aktiviti membersih pantai bermula
10.30– 12.00 pagi
- Sedikit perkongsian dan penyampaian mengenai rasuah
- Perbincangan isu-isu semasa berkaitan rasuah dengan para penduduk
12.00– 1.00 tengahhari
- Makan tengah hari bersama semua peserta
1.00 petang
- Aktiviti dijangka tamat dan bersurai


GAMBAR AKTIVITI:


penyediaan bahan masakan

menyebarkan broucher pencegahan rasauh kepada penduduk kampung


aktiviti masakan dimulakan

No comments: