Friday, May 16, 2014

KARNIVAL INTEGRITI DAN ANTI RASUAH PERINGKAT NEGERI SABAH 2014

KARNIVAL INTEGRITI DAN ANTI RASUAH (KIARA)
PERINGKAT NEGERI SABAH 2014



ANJURAN :
SEKRETARIAT PENCEGAHAN RASUAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PADA :
26 APRIL 2014 (SABTU)

Masa:
7.00 pagi hingga 5.00 petang

TEMPAT:
DEWAN KULIAH PUSAT KE-2
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

DENGAN KERJASAMA :
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA NEGERI SABAH
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH




TEMA: 
“Pelajar Berjati Diri, Mahasiswa Berintegriti, Rasuah Dihindari”

PENDAHULUAN:
Karnival Integriti dan Anti Rasuah (KIARA) adalah merupakan program yang dirangka oleh Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Sabah (SPRUMS) untuk meningkatkan kesedaran masyarakat yang bukan sahaja di dalam kampus bahkan kepada para pelajar sekolah yang masih berada di bangku sekolah. Pendedahan awal kepada mereka ini adalah harus kerana melalui pendedahan ini mereka dapat mengenal dan diberi pengetahuan tentang gejala kolar putih iaitu Rasuah. Karnival ini akan melibatkan 4 jenis pertandingan yang meliputi pertandingan nasyid, pertandingan deklamasi sajak, pertandingan pidato dan juga pertandingan melukis poster. Penganjuran karnival ini ke peringkat negeri telah diiktiraf oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan program ini juga telah menjadi acara tahunan bagi Jabatan Pelajaran Negeri Sabah


OBJEKTIF
Di antara objektif yang ingin dicapai oleh Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Sabah adalah seperti berikut:
i.              Memberi kesan yang besar ke atas transformasi dan relovusi dalam aspek pemikiran mahasiswa/i yang tidak terbatas dalam mencapai sesuatu penyelesaian yang utuh yang melibatkan gejala rasuah.

ii.             Merupakan salah satu cara untuk mendedahkan kepada generasi muda iaitu golongan pelajar dengan melibatkan diri secara langsung dalam pelbagai acara agar mereka juga dapat menjadi agen penyampai penting kepada masyarakat mengenai bahayanya rasuah jika tidak dibanteras dengan segera.

iii.            Melahirkan generasi muda yang bertanggungjawab dalam memerangi gejala rasuah yang kian berleluasa dalam setiap aktiviti harian mereka.

iv.           Memberi ruang dan peluang kepada golongan muda untuk memberikan pandangan dan cadangan yang boleh membantu dan mendatangkan faedah dan kebaikan kepada pihak Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Sabah.

v.            Melahirkan pelajar yang berbakat dalam memerangi rasuah dalam pelbagai kaedah penyampaian.

PENGLIBATAN
Penganjuran Karnival Integriti dan Anti Rasuah Peringkat Negeri Sabah 2014 ini adalah melibatkan penyertaan dari sekolah-sekolah menengah di Kota Kinabalu dan juga Daerah Penampang. Penglibatan peserta ini adalah melibatkan penyertaan bagi 4 jenis pertandingan yang dipertandingkan iaitu Pertandingan Nasyid, Pertandingan Deklamasi Sajak, Pertandingan Pidato dan juga Pertandingan Melukis Poster. Secara keseluruhannya, penglibatan pelajar sekolah-sekolah menengah di Kota Kinabalu dan Penampang ini adalah seramai lingkungan 230 orang peserta daripada pelbagai sekolah. Pecahan peserta mengikut pertandingan adalah seperti berikut:

Bil
Nama Pertandingan
    1.     
Pertandingan Nasyid
    2.     
Pertandingan Pidato
    3.     
Pertandingan Deklamasi Sajak
    4.     
Pertandingan Melukis Poster

GAMBAR AKTIVITI KIARA

 SESI PENDAFTARAN





Peserta-peserta pertandingan membuat pendaftaran di meja urusetia yang telah disediakan

 Pertandingan Deklamsi Sajak
TENTATIF PROGRAM PERTANDINGAN SAJAK
KARNIVAL INTEGRITI DAN ANTI-RASUAH (KIARA) 2014
26HB APRIL 2014
DEWAN KULIAH PUSAT KEDUA (DKP 14)
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

7.00 – 8.30 am:- Pendaftaran Peserta
                       - Sarapan
8.30 – 8.45 am:   - Bacaan Doa
                           - Taklimat kepada para peserta
9.00-12.00 t/hari: Pertandingan Bermula
12.15 t/hari: Ulasan Juri
12.30 pm: Makann Tengahari/Bersurai

Taklimat Pertandingan disampaikan oleh pengacara majlis


Juri pertandingan Sajak








Peserta-peserta pertandingan sajak dari pelbagai sekolah sedang menyampaikan deklamasi sajak mereka.



PERTANDINGAN NASYID
TENTATIF PROGRAM PERTANDINGAN NASYID
KARNIVAL INTEGRITI DAN ANTI-RASUAH (KIARA) 2014
26HB APRIL 2014
DEWAN KULIAH PUSAT KEDUA (DKP 13)
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

7.00 – 8.30 am        :- Pendaftaran Peserta
                              - Sarapan
8.30 – 8.45 am        : - Bacaan Doa
                               - Taklimat kepada para peserta
9.00-12.00 t/hari       : Pertandingan Bermula
12.15 t/hari             : Ulasan Juri
12.30 pm               : Makann Tengahari/Bersurai

Juri juri pertandingan nasyid KIARA 2014


Taklimat Pertandingan Nasyid oleh Urusetia pertandingan








Peserta-peserta pertandingan sajak dari pelbagai sekolah sedang menyampaikan alunan lagu nasyid mereka.

 Pertandingan Pidato
TENTATIF PROGRAM PERTANDINGAN PIDATO
KARNIVAL INTEGRITI DAN ANTI-RASUAH (KIARA) 2014
26HB APRIL 2014
DEWAN KULIAH PUSAT KEDUA (DKP 11)
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

7.00 – 8.30 am        :- Pendaftaran Peserta
                               - Sarapan
8.30 – 8.45 am        :    - Bacaan Doa
- Taklimat kepada para peserta
9.00-12.00 t/hari       : Pertandingan Bermula
12.15 t/hari             : Ulasan Juri
12.30 pm                : Makann Tengahari/Bersurai

Taklimat Pertandingan Pidato oleh urusetia pertandingan






Peserta-peserta pertandingan pidato dari pelbagai sekolah sedang menyampaikan pidato mereka.


Pertandingan Melukis Poster
TENTATIF PROGRAM PERTANDINGAN POSTER
KARNIVAL INTEGRITI DAN ANTI-RASUAH (KIARA) 2014
26HB APRIL 2014
DEWAN KULIAH PUSAT KEDUA (DKP 21)
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

7.00 – 8.30 am        : - Pendaftaran Peserta
   - Sarapan
 8.30 – 8.45 am:        : - Bacaan Doa
  - Taklimat kepada para peserta
9.00-12.00 t/hari       : Pertandingan Bermula
 12.15 t/hari               : Ulasan Juri
 12.30 pm               : Makann Tengahari/Bersurai







 Seramai 40 orang peserta yang terlibat dalam pertandingan melukis poster sedang menunjukkan bakat dan kreativiti mereka dalam melukis poster


Majlis Penutupan
TENTATIF MAJLIS PENUTUPAN
ATURCARA MAJLIS PENUTUPAN
KARNIVAL INTEGRITI DAN ANTI RASUAH PERINGKAT NEGERI SABAH 2014
Bil
Masa
Tentatif
1.     
1.30-2.00 p.m 
Ketibaan peserta pertandingan dan hakim
2.     
2.00-2.10 p.m
Ketibaan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah
3.     
2.10-2.15 p.m
Ketibaan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah
Ybhg. Prof Datuk Dr Harun Bin Abdullah
4.     
2.15-2.25 p.m
Nyanyian Lagu

·         Negaraku
·         Sabah Tanah Airku
·         Bertekad Cemerlang
5.     
2.25-2.30 p.m
Bacaan Doa
6.     
2.30-2.40 p.m
Ucapan Aluan Ketua Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Sabah
7.     
2.40-3.00 p.m
Ucapan dan Gimik Perasmian oleh Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah
8.     
3.00-3.40 p.m
Majlis Penyampaian Hadiah

·         Pertandingan Melukis Poster
·         Pertandingan Nasyid
·         Pertandingan Pidato
·         Pertandingan Deklamasi Sajak
·         Pertandingan Buku Skrap
·         Pertandingan Dokumentari ‘Public Service Announcement’.
·         Pertandingan Menulis Esei
9.     
3.40-3.45 p.m
Penyampaian Cenderahati kepada Juri Pertandingan
10.  
3.45-4.00 p.m
Minum Petang dan Bersurai




Peserta dan hadirin yang sedang menunggu ketibaan VIP yang diundang


Ucapan perasmian oleh Ybhg Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Bin Abdullah


Ybhg Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Bin Abdullah mendengar penerangan mengenai upacara gimik perasmian








Majlis penyampaian hadiah untuk semua pertandingan yang dipertandingkan




Tetamu Jemputan iaitu Ybhg Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Bin Abdullah dan Ybhg Datuk Jame Bin Alip sedang melawat tapak pameran. 




VIP jemputan sedang minum petang di DKP 14

Program ini adalah program yang saban tahun akan diadakan oleh Sekretariat Pencegahan Rasuah UMS untuk sekolah-sekolah di negeri Sabah ini bagi memperluaskan lagi isu rasuah dan juga pentingnya nilai integriti di dalam kehidupan seseorang insan. Melalui karnival ini, para pelajar yang menyertai pertandingan di bawah karnival ini akan dapat mengembangkan lagi bakat mereka dengan penambah luasan informasi merka terhadap masalah rasuah. Diharapkan program seumpama ini tidak hanya terbatas penyertaan daripada pelajar sekolah bahkan terbuka kepada mahasiswa/i IPT di Sabah. 

No comments: