Thursday, January 31, 2013

Bersama Mencegah - Ikrar Integriti Korporat


Ikrar Integriti Korporat dalam memerangi rasuah merupakan inisiatif penting bagi meningkatkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia dan menarik lebih banyak pelaburan asing (FDI) ke negara ini. Sesebuah syarikat yang menandatangani Ikrar Integriti Korporat ini akan memastikan bahawa syarikat mereka tidak akan

terlibat dalam sebarang jenayah rasuah. Ikrar Integriti Korporat menggariskan prinsip-prinsip yang perlu diterima pakai oleh badan-badan korporat untuk menunjukkan komitmen mereka ke arah mewujudkan persekitaran perniagaan yang adil, telus dan bebas dari rasuah.

Terdapat 5 prinsip dalam Ikrar ini iaitu:

i. MEMPROMOSIKAN nilai-nilai ketelusan, integriti dan tadbir urus yang baik;

ii. MEMPERKUKUHKAN mekanisme kawalan dalaman dengan memasukkan elemen-elemen yang menyokong pencegahan rasuah;

iii. PEMATUHAN undang-undang serta peraturan-peraturan yang berkaitan untuk memerangi rasuah;

iv. MEMBANTERAS sebarang bentuk amalan rasuah; dan

v. MENYOKONG inisiatif pencegahan rasuah yang diusahakan oleh Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ikrar Integriti Korporat ini telah dibangunkan secara bersama oleh Institut Integriti Malaysia (IIM), Transparency International Malaysia (TI-M) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Sehingga bulan Disember 2011, sebanyak 61 buah syarikat korporat telah menandatangani Ikrar Integriti Korporat ini dan ianya boleh dilayari melalui portal IIM dan SPRM.


sumber : SPRM

No comments: