Thursday, August 6, 2015

BANGKIT SPRM-KU ! BANGKIT !!


6 Ogos 2015, SPRUMS - "bangkit SPRM-ku ! Bangkit" laungan kata-kata menyokong SPRM. setelah pelbagai rintangan dihadapi Pihak SPRM dalam menjuangkan kebenaran. pelbagai tomahan dikenakan dengan hanya membuat siasatan. sebelum itu, pasti semua tertanya-tanya kenapa? apa terjadi? Jom kita baca fahami dahulu :

baca artikel SPRM pada 3 Ogos 2015, Putrajaya. Hasil Siasatan Berkaitan Dana RM2.6 Bilion
rujuk: http://www.sprm.gov.my/hasil-siasatan-dana.html

hasil daripada itu, masyarakat telah menimbulkan isu ini:


Masyarakat sebenarnya kurang faham, penah dengar "sheikh google" iaitu org yang menuntut ilmunya dengan Google tanpa mendapat maklumat sah dari Orang yang lebih berpengetahuan(guru). Mereka telah menyatakan bahawa "di Akta SPRM 2009 kata derma itu rasuah". Perkara ini telah menimbulkan anggapan negatif keatas SPRM. Walhal, Perkara tersebut SALAH.

SEBENARNYA perkara suapan ini perlu dibaca bersama seksyen 16 dan 17 akta SPRM 2009, dimana;
- Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) ASPRM 2009]
- Menawar/Memberi suapan [seksyen 17(b) ASPRM 2009]

Kita kena faham tidak semua derma itu adalah suapan rasuah, di dalam konteks SPRM derma yang menjadi rasuah adalah derma yang  diberi atau diterima atas dorongan melakukan atau tidak melakukan sesuatu yang berkaitan dengann tugas rasmi seseorang dan perkara ini kena jelas.


SEBAGAI CONTOH:
1. kalau saya nak derma awak 20 ribu tanpa ada kepentingan, sapa nak marah?
2. Tapi kalau saya nak mintak awak buat sesuatu contohnya kerja atau tugas itupun bukan rasuah itu adalah upah.
3. Tapi contoh kalau saya pensyarah saya ada buat salah diketahui pelajar. Saya bagi duit pada pelajar untuk tutup mulut atau tidak beri keterangan kepada pihak universiti yang ini mungkin rasuah.

Situasi diluar sekarang ni seolah-olah masyarakat membuat persepsi bahawa derma itu tidak dibolehkan. Tetapi kita kena ingat selagi mana ia berkaitan dengan perkara yang  dinyatakan di atas tadi derma itu akan menjadi suapan di dalam perlakuan rasuah.

sebelum diteruskan ke seterusnya, JOM baca Artikel seterusnya
pada 5 Ogos 2015, Putrajaya, SPRM
"Penjelasan Mengenai Isu Dana RM2.6 Bilion Dan Siasatan SRC International"
Rujuk: http://www.sprm.gov.my/penjelasan-2billion.html

Dalam kes ini, amat dipercayai  dan yakin SPRM telah melaksanakan tugas dengan penuh adil dan professional. Seperti anda sedia MAKLUM Fungsi SPRM adalah hanya Menyiasat dan tugas untuk pendakwaan di buat oleh PEGUAM NEGARA. Sekiranya di dalam kes siasatan ini telah menemui bukti dan saksi yang kuat maka kes ini akan dicadang tuduh kepada Jabatan Peguam Negara.

Mengenai siasatan yang dikenakan kepada pegawai PDRM, Ketua Bahagian Operasi Khas, Pj. Dato' Hj. Bahrin Bin Mohd Zain



Ia juga merupakan salah satu dugaan yang telah di terima oleh SPRM oleh disebabkan ini, siasatan SPRM terganggu. Kononnya SPRM terlibat dengan konspirasi ingin menjatuhkan Kerajaan. Banyak juga cabaran menjadi SPRM ni. Apabila di siasat Perdana Menteri kata orang konspirasi nak jatuhkan kerajaan, Bila tak siasat kata orang kroni,  Bila ngangkang je katanya makan gaji buta.

Oleh itu, kami menyuarakan BANGKIT SPRM KU BANGKIT !! jangan takut sekiranya anda dijalan yang benar. Hapuskan Gejala TIPU DAYA RASUAH ini.. ANDA ADALAH HERO KAMI.. ANDA ADALAH ROLE MODEL KAMI UNTUK PERJUANGKAN YANG KAMI "MAHASISWA BENCI RASUAH !!"
mari lah semua Rakyat MALAYSIA Kita bangun.. Bantu Bersama MERAKYATKAN SPRM dan LAPOR GEJALA RASUAH yang tidak memberi kemanusiaan ini.

sekian. 

No comments: