Thursday, June 12, 2014

TAUTAN KASIH SEKRETARIAT PENCEGAHAN RASUAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2014

TAUTAN KASIH 

SEKRETARIAT PENCEGAHAN RASUAH 
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2014



ANJURAN :
SEKRETARIAT PENCEGAHAN RASUAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH


PADA :
01 JUN 2014 (AHAD)
 


TEMPAT:
RAINTREE BEACH RESORT, TUARAN
 

DENGAN KERJASAMA :
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA NEGERI SABAH
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 

TEMA: Kasih Bertaut, Hidup Harmoni

PENDAHULUAN: 



       Program Tautan Kasih Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Sabah ini adalah merupakan program di bawah sektor pengurusan SPRUMS sebagai salah satu cara mengeratkan ukhwah dan silaturahim dalam kalangan rakan sekretariat, sekretariat pencegahan rasuah UMS. Di samping itu, program ini juga adalah menjadi medium yang terbaik untuk memperkukuhkan semangat kekitaan dan kerjsama dalam kalangan anggota dan rakan sekretariat dan sekaligus dapat meningkatkan tahap integriti yang tinggi dalam kalangan rakan sekretariat dan juga anggota.

      Bersesuaian dengan tema program ini iaitu ‘ Kasih Bertaut, Hidup Harmoni’, program ini dilihat dapat menerapkan nilai integriti dan kesedaran semua peserta tentang bahayanya rasuah dan memberi pendedahan dalam kalangan pelajar UMS sendiri dan juga dalam kalangan komuniti luar. Program yang di jalankan di Raintree Tuaran Beach Resort ini sekali lagi dapat dilihat sebagai program yang dapat mengeratkan silaturahim dan ukhwah antara anggota melalui penganjuran aktiviti riadah dan juga latihan dalam kumpulan.


OBJEKTIF:

Di antara objektif yang ingin dicapai oleh Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Sabah adalah seperti berikut:

1. Mengeratkan lagi silaturahim dan ukhwah antara rakan sekretariat dengan anggota Sekretariat Pencegahan Rasuah UMS.

2. Memberi ruang untuk kesemua rakan sekretariat dan anggota mengenali antara satu sama yang lain yang berlainan sektor dan juga kampus

3. Menjadikan aktiviti dan riadah sihat sebagai budaya hidup yang sihat bagi Sekretariat Pencegahan Rasuah UMS.


PENGLIBATAN PELAJAR
Program yang diadakan selama satu hari ini melibatkan kesemua rakan sekteriat dan juga anggota Sekretariat Pencegahan Rasuah UMS yang terdiri daripada 3 kampus iaitu Kampus Induk, Kampus Antarabangsa Labuan dan juga Fakulti Pertanian Lestari. Secara keseluruhannya, jumlah penglibatan ahli SPRUMS dari ketiga-tiga kampus ini dapat dilihat seperti jadual dibawah:

Bil
Kampus
Jumlah Penyertaan
        1.
Induk (UMS Kota Kinabalu)
22 orang
        2.
Fakulti Pertanian Lestari (Sandakan)
24 orang
        3.
Antarabnagsa Labuan (UMS-KAL)
24 orang
      4.  
JUMLAH KESELURUHAN
70 ORANG

IMPAK/ HASIL PROGRAM :
      Impak dan hasil penganjuran program ini adalah dilihat daripada tujuan dan objektif program ini diadakan. Antara kesan dan impak yang berjaya kami dapat adalah:

1. Hubungan silaturahim yang terbentuk oleh peserta dari ketiga-tiga kampus ini telah dapat dibentuk dan hubungan seperti kekeluargaan telah dibentuk melalui penganjuran program ini.

2. Rakan sekretariat dari ketiga-tiga kampus yang terdiri daripada berlainan sektor ini dapat berkumpul dan duduk berbincang bersama tentang program yang boleh dianjurkan dan pembaharuan sektor yang boleh dilaksanakan.

3. Melalui penganjuran aktiviti dan juga pengisian yang sihat ini dapat melahirkan rakan sekretariat dan juga anggota yang bebas rasuah dan dari amalan yang tidak sihat.


RUMUSAN :

      Secara keseluruhanya, penganjuran program ini telah berlangsung dengan jayanya dan objektif yang ingin dicapai dapat dicapai dengan jayanya. Penglibatan peserta dalam aktiviti yang sihat ini secara tidak langsung dilihat dapat melahirkan ahli sekretariat yang bebas daripada rasuah dan dari gejala yang negatif di dalam kampus mahupun di masyrakat luar.

GAMBAR AKTIVITI:



 Setibanya kami di Raintree Beach Resort, Tuaran.




 Pembahagian Kumpulan





 Setelah pembahagian kumpulan dilakukan, peserta duduk di dalam kumpulan dan mencipta logo kumpulan, nama kumpulan dan juga cheer up bagi kumpulan mereka.


 Pembentangan mengenai Latihan Dalam Kumpulan sedang dijalankan.


 Aktiviti Kedua: Permainan Galah Panjang

 Aktiviti Ketiga: Ikat Belon be air di kaki dan bertahan daripada di lawan musuh


 Setelah melakukan tiga permainan, kami rehat seketika untuk makan tengahari dan solat


 Aktiviti terakhir: Baling belon berisi air


Bergambar kenangan bersama sebahagian peserta sebelum pulang

No comments: