Monday, March 18, 2013

Buat Kau Yang Lupa



Mungkinkah kau dah lupa
Kau terlalu leka dengan peluang
Kau pilih jalan singkat
Demi meraih kekayaan dengan cepat
Hidupmu dilingkari maksiat
Najis dunia, kau santap
Kau aniaya mereka yang lemah
Demi menghirup hak mereka
Jiwamu megah memijak insan-insan
Yang terlalu memerlukan
Yang terlalu mengharapkan

Anak isterimu disuapi makanan mewah dengan duit kopimu
Anak isterimu dirantai digelangi emas duit kopimu
Anak isterimu bermegah di rumah besar dengan duit kopimu

Lantas hatimu gelisah
Gundah gulana
Kau fikir semuanya membahagiakan
Tetapi emosimu terganggu
Dek kelaparan harta dunia
Yang tak pernah padam
Ganjaran dunia yang didamba
Sedangkan semuanya fana
Bukan kekal kau di sini
Kau kan kembali ke asalmu
Tanah bakal menemanimu
Selama-lamanya
Azab menanti sebagai balasan
Adakah kau ingat itu....?

Jangan kau angkuh dan biadab
Di atas muka bumi Allah
Balasan di akhirat pastikan kau terima
Tiada penyesalan, tiada kemaafan
Melainkan taubat nasuha wahai kawan!

Sedarlah wahai kawan
Aku mengingatkan kerana aku sayang
Marilah bersama-sama denganku
Sedaya kita, sekuat kita
Meniti titian dunia dengan hati yang suci
Setiap yang baik pastikan ada ganjaran
Bagi mereka yang menginginkan


Hidup yang lebih membahagiakan
Walau dengan rezeki yang sedikit

Sekelumit pun kita tidak  kecewa
Kerana rezeki Allah tiada batasnya



Rezeki tu biar halal ye !!! ^_^





No comments: