Showing posts with label Integriti. Show all posts
Showing posts with label Integriti. Show all posts

Friday, September 12, 2014

KONVENSYEN MALAYSIA BEBAS RASUAH BERSAMA BADAN-BADAN IPTA MALAYSIA


Sunday, April 1, 2012

Jangan Hapuskan Integriti

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat hari ahad dan selamat beristirehat. Yang masih belajar, jangan lupa untuk siapkan assignment yang diberi oleh lecturer. Alhamdulillah, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah berjaya menjalankan sambutan bulan integiti. Sambutan Bulan Integriti telah diadakan pada bulan Mac lepas. Program ini adalah hasil kerjasama antara Jabatan Pendaftar UMS dan SPRUMS. Banyak program dirancang bagi menjayakan program ini. Sambutan antara peringkat pelajar dan staf UMS sangat menggalakan. Kami di pihak SPRUMS sendiri berharap program yang telah dirancang itu dapat memberi input yang berguna kepada semua.



Alahai, sambutan bulan integriti dah habis. Jadi bulan ni dan bulan-bulan seterusnya tak ada integriti lagi la ye?  Sambutan bulan integriti kan dah habis. Jadi, kita kena tunggu tahun depan la untuk kita mengamalkan sikap berintegriti? Hmmm....
.
.
Jawapannya....
.
.
NO! NO! NO! TIDAK! Integriti bukan hanya perlu wujud bila ada sambutan atau kempen sahaja. Integriti perlu ada dalam setiap diri manusia. Tidak kira tempat, masa dan hari. Everytime we need integrity in ourself. Jangan sesekali kita musnahkan integriti dalam diri kita. Tanpa integriti kehidupan kita boleh hancur malah juga negara. INTEGRITI itu adalah lambang KESEMPURNAAN, KEJUJURAN, KEIKHLASAN dan KEUTUHAN. Semua itu harus ada dalam diri kita. Bukan sahaja dalam diri kita sendiri tetapi masyarakat. 

 Jangan musnahkan integriti dalam kehidupan seharian
.
.
.
Nak tahu tak? Bila integriti tidak ada dalam diri setiap manusia atau nilai integriti itu hilang dari kehidupan masyarakat. RASUAH PASTI BERMAHARAJALELA. Kurangnya nilai integriti, semakin tinggi kadar rasuah berlaku. JANGAN BIARKAN IA BERLAKU.

Katakan TIDAK pada RASUAH
.
.
.
.
.
KITA HARUS GANYANG RASUAH
demi kebaikan bersama

dan 

TINGKATKAN AMALAN INTEGRITI DALAM DIRI KITA DAN MASYARAKAT
.
.
.
.
.
.
Jadi
KATAKANLAH
.
.
.




p/s : Bebaskan negara dari rasuah....=)

Wednesday, March 28, 2012

Apa Itu Integriti?

Sempena sambutan bulan integriti ni, rasanya ramai yang tidak tahu apa itu integriti. Apa ek integriti tu?? Tapi kan ada yang tahu tapi tidak mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Ishhh...tak baik tu. Ok. Kepada yang  tak tahu apa itu integriti..jom kita kenalinya dan sama-sama kita amalkan sikap integriti.


Untuk pengetahuan korang semua, dalam INTEGRITI ada tiga tahap iaitu INDIVIDU, ORGANISASI dan PENJAWAT AWAM. Dibawah ni, ada penjelasannya...

INTEGRITI
Integriti secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkaitan erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan seharihari.

1. Integriti Individu
Integriti individu ialah keselarasan di antara apa yang dikatakan oleh individu dengan apa yang dikotakannya; keselarasan di antara tindakannya dengan prinsip moral, etika dan undang-undang; serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. Apa yang dilakukan individu itu pula cepat, tepat dan bermutu. Apabila dia bertindak atau bertingkah lalu demikian secara konsisten dalam pelbagai segi, dia dikatakan mempunyai integriti. Apabila bertindak sebaliknya, dia dikatakan tidak berintegriti atau lemah integritinya.

2. Integriti Organisasi
Selain individu, organisasi juga mesti mempunyai integriti. Integriti organisasi tercermin dalam perumusan dan pelaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika organisasi ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi.
 
3. Integriti Penjawat Awam
Bagi individu yang memegang amanah seperti mereka yang menjawat jawatan awam, integriti bermaksud melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Penjawat jawatan itu tidak boleh menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat sendiri. Apabila berlaku konflik kepentingan, ia mesti diselesaikan dengan memberi keutamaan kepada kepentingan awam. Dengan demikian penjawat itu perlu telus dan tulus, harus memikul pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang di bawahnya dan kepada pihak lain.



Integriti tu wajah kita tau....


Tuesday, February 21, 2012

Pelan Integriti Nasional


Menyedari tentang pentingnya integriti di kalangan masyarakat, Kerajaan telah menyediakan dan melaksanakan Pelan Integriti Nasional (PIN). Pelan ini dibangunkan dengan fokus utamanya untuk menanam dan memupuk budaya etika dan integriti di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia. Pelan seumpama ini membolehkan Kerajaan merancang pelbagai program secara teratur dalam usaha membudayakan etika dan integriti masyarakat. Sebelum ini telah terdapat pelbagai usaha yang dilakukan, tetapi  didapati usaha usaha ini tidak konsisten dan tidak menyeluruh dan hasilnya sebilangan besar usaha-usaha  ini menemui kegagalan terutamanya dalam usaha mewujudkan sinergi semua sektor. 

Skop dan konsep yang dibawa oleh PIN kelihatannya lebih menyeluruh dan holistik dalam memberi panduan kepada setiap komponen masyarakat untuk membudayakan integriti. PIN yang dilancarkan pada 23 April 2004,  oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, adalah selaras dengan  cabaran ke empat Wawasan  2020 iaitu untuk “Membentuk  sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan  ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur”.

Objektif Pelan Integriti Nasional adalah seperti berikut :-

1. Memberikan halatuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakt yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika.

2. Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya  masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang.

3. Menggalakan semangat bertanggungjawab dikalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat Sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cerdas menegakkan integriti.

4. Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat, negara dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat.

5. Meningkatkan daya saing  dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.