Showing posts with label sprums. Show all posts
Showing posts with label sprums. Show all posts

Thursday, March 2, 2017

PROGRAM: BENGKEL ASAS ADOBE PHOTOSHOP

PROGRAM: BENGKEL ASAS ADOBE PHOTOSHOP
ANJURAN: SPR UMS

Pada 11 Mac 2017 (Sabtu), bermula jam 7 Pagi sehingga 4.30 Petang, bertempat di Dewan kuliah Pusat 27. Akan diadakan bengkel asas adobe Photoshop yang bakal disampaikan oleh seorang peceramah jemputan dari FKSW, beliau merupakan Encik Mohd Lopez Bin Asri.

harapan kami dari bengkel ini adalah untuk melahirkan Mahasiswa yang mampu menguasai ilmu reka bentuk grafik, menyuntik gambar, membuat Design dan meningkat kreativiti. Selain itu, peserta dapat memahami dan menguasai alatan-alatan asa didalam adobe Photoshop.

mahasiswa dan orang luar yang ingin menyertai boleh daftar dan menghubungi saudari Suhanis (017 985 0947) atau Saudari Eba Fyra (013 5416 389) untuk sebarang pertanyaan dan syarat penyertaan. Menyertaan ini TERBUKA.

Tambahan, akan dibuka juga pameran SPR UMS yang bakal berkongsi maklumat anti Rasuah, kesalahan pengguna kuasa, kesalahan perasuah, hukuman perasuah, cara laporan kepada SPRM dan banyak lagi.

Kami menjemput semua warga untuk daftar dan menyertai kami .

Sekian, terima Kasih

"MENJELAJAH KE DUNIA KREATIVIT"

Sunday, October 9, 2016

PROGRAM: JOM KENALI SPR UMS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
salam Anti-Rasuah buat semua warga Blogger

pada 10-15 Oktober 2016, Sekretariat pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Sabah (SPR UMS) akan membuka peluang kepada mahasiswa/i Universiti Malaysia Sabah untuk menyertai kami (SPR UMS).  bermula pada jam 9.00 pagi - 4.00 Petang di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dan  pada jam 7.00 petang - 10.00 malam di kafteria kolej Kediaman Excellent (KKE)

kami menjemput semua warga UMS untuk hadir ke tapak Pameran kami untuk mendapat maklumat lanjut mengenai pengambilan ahli atau anda boleh berhubung kami melalui email SPR UMS (spr.ums.sprm@gmail.com) atau hubungi mana-mana ahli anggota SPR UMS. selain itu, kami juga membuka ruang kepada mahasiswa untuk ketahui maklumat mengenai rasuah, SPRM, dan aktiviti SPR UMS. 

Jangan lepaskan peluang mahasiswa/i Universiti Malaysia Sabah untuk hadir bersama kami. sertai kami, pelbagai aktiviti menarik bakal anda tempuhi, pengalaman dan ilmu baru berkaitan Organisasi. 

Rajah: Poster Jom Kenali SPR UMS

Syarat-syarat Penyertaan sebagai Ahli SPR UMS:

1. isi maklumat (nama, email, no telefon, dan facebook) di tapak pameran kami atau di  Website kami (http://sprums-ums.blogspot.my/p/blog-page_17.html ).

2. Anda bakal terima 2 Dokument di email anda:-
     +Borang Keahlian SPR UMS
     +Specifikasi Tugas Mengikut Sektor Yang Dipilih

3. isi borang tersebut dan hantar pada 14 Oktober 2016 (Jumaat) pada jam 6.30 petang di Auditorium Perpustaakan UMS (terletak di bahagaian Belakang MegaLAB).

4. anda akan dimasukan kedalam Group Whatsapps kami selepas anda mendaftar.

PERINGATAN !!!
Follow kesemua Laman Sosial kami bagi mendapat maklumat lanjut.

Facebook : facebook.com/spr.ums.sprm
Faceboo Like Page : www.facebook.com/sprums
Google+ : plus.google.com/+SPRUMSUMS
Blog : sprums-ums@blogspot.com
Twitter : twitter.com/sprums
Instagram : instagram.com/sprums
Youtube : youtube.com/user/sprumsums
Tumblr : sprums.tumblr.com

Sunday, December 6, 2015

Nota Pencegahan Rasuah - 2.0 Latar Belakang SPRM - 2.5 Bidang Kuasa SPRM

Nota Pencegahan Rasuah
2.0 Latar Belakang SPRM
2.5 Bidang Kuasa SPRM

BIDANG KUASA SPRM
  1. Menerima aduan kes rasuah dan salah guna kedudukan.
  2. Menjalankan siasatan.
  3. Menyediakan khidmat perundingan dan nasihat untuk menambahbaik sistem, prosedur dan tatacara yang boleh membawa kepada peluang dan ruang jenayah rasuah.
  4. Mendidik dan mendapatkan sokongan masyarakat dalam memerangi rasuah  
...................................................................................................................................................

(SPRM, Nota Pencegahan Rasuah, Muka surat 21)

_________________________________________________________________________________

Dapatkan maklumat menarik dari Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Sabah (SPR UMS) seperti variasi info mengenai rasuah, program-program yang dianjurkan, serta maklumat terkini SPRM di:

Telegram Channel Broadcast: https://telegram.me/sprums

Facebook : www.facebook.com/spr.ums.sprm

Faceboo Like Page : www.facebook.com/sprums

Google+ : www.plus.google.com/+SPRUMSUMS

Blog  : sprums-ums@blogspot.com

Twitter : www.twitter.com/sprums

Instagram : www.instagram.com/sprums

Youtube : www.youtube.com/user/sprumsums

Tumblr : www.sprums.tumblr.com
Flickr : Sekretariat Pencegahan Rasuah UMS www.flickr.com/people/137520205@N08/

Nota Pencegahan Rasuah - 2.0 Latar Belakang SPRM - 2.3 Struktur SPRM

Nota Pencegahan Rasuah
2.0 Latar Belakang SPRM
2.3 Struktur SPRM

SPRM
  1. Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah
    (Dibentuk melalui Seksyen 14 Akta SPRM 2009
  2. Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah
    (Dibentuk melalui Seksyen 13 Akta SPRM 2009)
  3. Jawatankuasa Aduan
    (Dibentuk melalui Seksyen 15 Akta SPRM 2009)
  4. Panel Perundingan & Pencegahan Rasuah
    (Dibentuk secara pentadbiran)
  5. Panel Penilaian Operasi
    (Dibentuk secara pentadbiran)
...................................................................................................................................................
PENTING: Kesemua ahli lembaga, jawatankuasa dan panel ini tidak dibayar gaji oleh kerajaan atau SPRM. Mereka adalah sukarelawan yang mewakili masyarakat untuk menyumbang ke arah pembanterasan jenayah rasuah di Malaysia.
...................................................................................................................................................

(SPRM, Nota Pencegahan Rasuah, Muka surat 14)

_________________________________________________________________________________

Dapatkan maklumat menarik dari Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Sabah (SPR UMS) seperti variasi info mengenai rasuah, program-program yang dianjurkan, serta maklumat terkini SPRM di:

Telegram Channel Broadcast: https://telegram.me/sprums

Facebook : www.facebook.com/spr.ums.sprm

Faceboo Like Page : www.facebook.com/sprums

Google+ : www.plus.google.com/+SPRUMSUMS

Blog  : sprums-ums@blogspot.com

Twitter : www.twitter.com/sprums

Instagram : www.instagram.com/sprums

Youtube : www.youtube.com/user/sprumsums

Tumblr : www.sprums.tumblr.com
Flickr : Sekretariat Pencegahan Rasuah UMS www.flickr.com/people/137520205@N08/

Nota Pencegahan Rasuah - 2.0 Latar Belakang SPRM - 2.4 Mekanisme 'Check and Balance'

Nota Pencegahan Rasuah
2.0 Latar Belakang SPRM
2.4 Mekanisme 'Check and Balance'

JAWATANKUASA KHAS MENGENAI RASUAH [JKMR]
Terdiri daripada Ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat mewakili parti kerajaan dan pembangkang. Kesemua mereka dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Seksyen 14 Akta SPRM 2009 menetapkan bilangan ahli JKMR seramai tujuh orang sahaja.

PERANAN JKMR
  1. Menasihat Perdana Menteri berhubung masalah rasuah di Malaysia;
  2. Mendapatkan penjelasan SPRM berhubung aktiviti-aktiviti yang dijalankannya; dan 
  3. Mengemukakan laporan JKMR kepada Perdana Menteri untuk dibentangkan di Dewan Negara dan Dewan Rakyat. 
 
LEMBAGA PENASIHAT PENCEGAHAN RASUAH [LPPR]
Ahli-ahli LPPR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan orang yang berintegriti dan telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang dalam bidang masing-masing. Antara mereka adalah bekas pegawai tinggi kerajaan, tokoh korporat, ahli akademik dan ahli profesional. Seksyen 13 Akta SPRM 2009 menetapkan bilangan ahli mestilah tidak kurang daripada tujuh orang.
 
PERANAN LPPR
  1. Menasihati SPRM mengenai dasar dan strategi pencegahan rasuah; dan
  2. Meneliti dan memperakukan cadangan SPRM untuk meningkatkan keberkesanannya
 
JAWATANKUASA ADUAN [JA]
Antara ahlinya adalah bekas hakim, pengamal undang-undang dan bekas pegawai tinggi kerajaan. Seksyen 15 Akta SPRM 2009 menetapkan bilangan ahli mestilah tidak lebih daripada lima orang.
 
PERANAN JA
  1. Memantau SPRM dalam mengendali aduan mengenai salah laku (bukan kesalahan jenayah) pegawai-pegawainya; dan
  2. Mengenal pasti kelemahan dalam tatacara/procedur kerja SPRM dan seterusnya membuat syor penambahbaikan.
 
✅  PANEL PERUNDINGAN & PENCEGAHAN RASUAH [PPPR]
Ahli PPPR mewakili pelbagai kumpulan masyarakat sivil seperti pengamal media, pengamal undang-undang, tokoh korporat, ahli akademik, pakat komunikasi, aktivis sosial dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
 
PERANAN PPPR
  1. Memantau SPRM dalam mengendali aduan mengenai salah laku (bukan kesalahan jenayah)pegawai-pegawainya; dan
  2. Mengenal pasti kelemahan dalam tatacara/prosedur kerja SPRM dan seterusnya membuat syor bagi menambahbaikan.
 
PANEL PENILAIAN OPERASI [PPO]
Mereka yang menganggotai PPO mewakili badan-badan profesional dan mampu meneliti dan menasihati SPRM dalam melaksanakan fungsi operasinya.
 
PERANAN PPO
  1. Memantau, memeriksa dan mengkaji Kertas Siasatan serta keputusan yang dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya; dan
  2. Menasihati dan memperakukan langkah-langkah untuk mempertingkatkan kualiti siasatan SPRM.      
SPRM mesti melaporkan dan menjelaskan kepada PPO mengenai ...
  • Kertas Siasatan yang belum siap melebihi 12 bulan
  • Kes orang yang ditangkap dan dilepaskan dengan jaminan melebihi enam bulan.
  • Keputusan-keputusan Kertas Siasatan yang telah dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya. 
  • Kertas Siasatan yang dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan tidak mendapat apa-apa keputusan selepas tempoh melebihi enam bulan.
  • Kes-kes yang diputuskan oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk tidak dituduh.    
...................................................................................................................................................
(SPRM, Nota Pencegahan Rasuah, Muka surat 15 - 20)

__________________________________________________________________________________