SIAPA KITA KEPADA NEGARA 2014
AKTIVITI SPRUMS KAMPUS SANDAKAN
ANJURAN :
SEKRETARIAT PENCEGAHAN RASUAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
PADA :
03 MEI 2014
TEMPAT:
SMK ELOPURA
BESTARI, SANDAKAN, SABAH
DENGAN KERJASAMA
:
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH
MALAYSIA NEGERI SABAH
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
JABATAN HAL EHWAL MURID SMK
ELOPURA BESTARI, SANDAKAN, SABAH
PENDAHULUAN:
Program ini adalah program pertama kali yang dikendalikan oleh SPRUMS
bagi Kampus Sandakan, Sabah. Program ini mendapat sambutan yang baik dikalangan
pelajar SMK Elopura Bestari. Hasil daripada program ini, para pelajar sekolah
dapat menerima dengan baik apa yang ingin disampaikan oleh SPRUMS sendiri
tentang apa itu rasuah. Selain itu, program ini juga memberi pendedahan kepada
para pelajar yang bakal memimpin negara suatu hari nanti tentang bahayanya
rasuah dan kesan buruknya terhadap pentadbiran komuniti dan negara. Disamping
itu, dapat melahirkan generasi muda yang bertanggungjawab dalam membentuk
hubungan sosial yang mantap terhadap masyarakat sekeliling di samping
menekankan aspek intelektual terhadap komuniti serta merapatkan jurang antara pelajar sekolah dengan mahasiswa yang
bertanggungjawab dalam membentuk hubungan sosial yang mantap terhadap
masyarakat sekeliling di samping menekankan aspek intelektual terhadap
komuniti.
TUJUAN:
Bertujuan bagi membina
hubungan antara UMS dengan sekolah-sekolah sekitar Sandakan. Disamping itu,
program ini dapat membantu SPRM menyebarkan maklumat berkenaan bahaya rasuah
kepada komuniti.
OBJEKTIF:
I.
Memberikan pendedahan kepada
para pelajar yang bakal memimpin negara suatu hari nanti tentang bahayanya
rasuah dan kesan buruknya terhadap pentadbiran komuniti dan negara.
ii. Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab dalam membentuk hubungan
sosial yang mantap terhadap masyarakat sekeliling di samping menekankan aspek
intelektual terhadap komuniti.
iii. Mewujudkan
satu ukhwah yang kukuh di antara sekolah-sekolah sekitar Sandakan, tanpa mengira teras dan agama selari dengan
konsep 1 Malaysia seperti yang disarankan Perdana Menteri Malaysia sendiri.
PENGLIBATAN PELAJAR/PENCERAMAH:
Kehadiran secara keseluruhan
adalah seramai 87 orang pelajar SMK Elopura Bestari untuk program yang dianjurkan.
Penceramah Jemputan:
·
Nama penceramah : Shuhaimi B. Abdul Manap
·
Tajuk ceramah : Apa Itu Rasuah Dan
Pengenalan Kepada SPRM
·
Background penceramah : Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM
Sandakan
IMPAK/ HASIL PROGRAM
1. Program yang diadakan secara tidak langsung dapat
membantu pelajar dalam memahami makna apa itu rasuah dengan lebih spesifik.
2. Pelajar-pelajar dapat mengenalpasti perkara-perkara yang
menjurus kepada rasuah dan membimbing mereka untuk menghindari darinya.
3. Pelajar-pelajar lebih bersedia, berkebolehan dan
berkeyakinan dalam menghadapi sebarang dugaan yang bakal mereka hadapi yang
bersangkut-paut dengan rasuah
4. Peserta yang menyertai program ini akan dilihat dan
ditinjau perlakuan, kerjasama yang diberikan antara kumpulan serta pemahaman
mereka mengenai rasuah.
GAMBAR AKTIVITI :
Para peserta dan
AJK bergambar bersama En Shuhaimi selesai program
Para peserta bersiap-sedia untuk slot yang seterusnya
Aksi pelajar sewaktu diberi penerangan
tentang program yang bakal mereka jalani
Sesi “ice-breaking”
Para pelajar sedang dalam perbincangan bersama kumpulan
Para sedang dalam
perbincangn membuat “yell” untuk kumpulan
Soal jawab semasa slot
ceramah
Penyampaian hadiah kepada pemenang
Penyampaian cenderahati kepada
penceramah jemputan oleh pengarah program
Penyampaian
cenderahati kepada wakil sekolah oleh Ketua SPRUMS
Kampus Sandakan
No comments:
Post a Comment