KARNIVAL INTEGRITI DAN ANTI RASUAH (KIARA)
PERINGKAT NEGERI SABAH 2014
ANJURAN :
SEKRETARIAT
PENCEGAHAN RASUAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
PADA :
26 APRIL 2014 (SABTU)
Masa:
7.00 pagi hingga 5.00 petang
TEMPAT:
DEWAN KULIAH PUSAT KE-2
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
DENGAN KERJASAMA
:
SURUHANJAYA
PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA NEGERI SABAH
JABATAN HAL EHWAL
PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
JABATAN
PELAJARAN NEGERI SABAH
TEMA:
“Pelajar Berjati Diri,
Mahasiswa Berintegriti, Rasuah Dihindari”
PENDAHULUAN:
Karnival Integriti dan
Anti Rasuah (KIARA) adalah merupakan program yang dirangka oleh Sekretariat
Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Sabah (SPRUMS) untuk meningkatkan
kesedaran masyarakat yang bukan sahaja di dalam kampus bahkan kepada para
pelajar sekolah yang masih berada di bangku sekolah. Pendedahan awal kepada
mereka ini adalah harus kerana melalui pendedahan ini mereka dapat mengenal dan
diberi pengetahuan tentang gejala kolar putih iaitu Rasuah. Karnival ini akan
melibatkan 4 jenis pertandingan yang meliputi pertandingan nasyid, pertandingan
deklamasi sajak, pertandingan pidato dan juga pertandingan melukis poster.
Penganjuran karnival ini ke peringkat negeri telah diiktiraf oleh Jabatan
Pelajaran Negeri Sabah dan program ini juga telah menjadi acara tahunan bagi
Jabatan Pelajaran Negeri Sabah
OBJEKTIF
Di antara
objektif yang ingin dicapai oleh Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti
Malaysia Sabah adalah seperti berikut:
i.
Memberi kesan yang besar ke
atas transformasi dan relovusi dalam aspek pemikiran mahasiswa/i yang tidak
terbatas dalam mencapai sesuatu penyelesaian yang utuh yang melibatkan gejala
rasuah.
ii.
Merupakan salah satu cara untuk
mendedahkan kepada generasi muda iaitu golongan pelajar dengan melibatkan diri
secara langsung dalam pelbagai acara agar mereka juga dapat menjadi agen
penyampai penting kepada masyarakat mengenai bahayanya rasuah jika tidak
dibanteras dengan segera.
iii.
Melahirkan generasi muda yang
bertanggungjawab dalam memerangi gejala rasuah yang kian berleluasa dalam
setiap aktiviti harian mereka.
iv.
Memberi ruang dan peluang
kepada golongan muda untuk memberikan pandangan dan cadangan yang boleh
membantu dan mendatangkan faedah dan kebaikan kepada pihak Sekretariat
Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Sabah.
v.
Melahirkan pelajar yang
berbakat dalam memerangi rasuah dalam pelbagai kaedah penyampaian.
PENGLIBATAN
Penganjuran Karnival Integriti
dan Anti Rasuah Peringkat Negeri Sabah 2014 ini adalah melibatkan penyertaan
dari sekolah-sekolah menengah di Kota Kinabalu dan juga Daerah Penampang.
Penglibatan peserta ini adalah melibatkan penyertaan bagi 4 jenis pertandingan
yang dipertandingkan iaitu Pertandingan Nasyid, Pertandingan Deklamasi Sajak,
Pertandingan Pidato dan juga Pertandingan Melukis Poster. Secara
keseluruhannya, penglibatan pelajar sekolah-sekolah menengah di Kota Kinabalu
dan Penampang ini adalah seramai lingkungan 230 orang peserta daripada pelbagai
sekolah. Pecahan peserta mengikut pertandingan adalah seperti berikut:
Bil
|
Nama Pertandingan
|
1.
|
Pertandingan Nasyid
|
2.
|
Pertandingan Pidato
|
3.
|
Pertandingan Deklamasi Sajak
|
4.
|
Pertandingan Melukis Poster
|
GAMBAR AKTIVITI KIARA
SESI PENDAFTARAN
Peserta-peserta pertandingan membuat
pendaftaran di meja urusetia yang telah disediakan
Pertandingan
Deklamsi Sajak
TENTATIF PROGRAM PERTANDINGAN SAJAK
KARNIVAL INTEGRITI DAN ANTI-RASUAH (KIARA) 2014
26HB APRIL 2014
DEWAN KULIAH PUSAT KEDUA (DKP 14)
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
7.00 –
8.30 am:- Pendaftaran Peserta
- Sarapan
8.30 –
8.45 am: - Bacaan Doa
- Taklimat kepada para peserta
9.00-12.00
t/hari: Pertandingan Bermula
12.15
t/hari: Ulasan Juri
12.30 pm:
Makann Tengahari/Bersurai
Taklimat Pertandingan disampaikan oleh
pengacara majlis
Juri pertandingan Sajak
Peserta-peserta pertandingan sajak
dari pelbagai sekolah sedang menyampaikan deklamasi sajak mereka.
PERTANDINGAN NASYID
TENTATIF PROGRAM PERTANDINGAN NASYID
KARNIVAL INTEGRITI DAN ANTI-RASUAH
(KIARA) 2014
26HB APRIL 2014
DEWAN KULIAH PUSAT KEDUA (DKP 13)
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
7.00
– 8.30 am :- Pendaftaran Peserta
- Sarapan
8.30
– 8.45 am : - Bacaan Doa
- Taklimat kepada para peserta
9.00-12.00
t/hari : Pertandingan Bermula
12.15
t/hari : Ulasan Juri
12.30
pm :
Makann Tengahari/Bersurai
Juri juri pertandingan nasyid KIARA
2014
Taklimat Pertandingan Nasyid oleh
Urusetia pertandingan
Peserta-peserta pertandingan sajak
dari pelbagai sekolah sedang menyampaikan alunan lagu nasyid mereka.
Pertandingan
Pidato
TENTATIF PROGRAM PERTANDINGAN PIDATO
KARNIVAL INTEGRITI DAN ANTI-RASUAH (KIARA) 2014
26HB APRIL 2014
DEWAN KULIAH PUSAT KEDUA (DKP 11)
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
7.00 –
8.30 am :- Pendaftaran Peserta
- Sarapan
8.30 –
8.45 am : - Bacaan Doa
- Taklimat kepada para peserta
9.00-12.00
t/hari : Pertandingan Bermula
12.15
t/hari : Ulasan Juri
12.30 pm
: Makann Tengahari/Bersurai
Taklimat Pertandingan Pidato oleh
urusetia pertandingan
Peserta-peserta pertandingan pidato
dari pelbagai sekolah sedang menyampaikan pidato mereka.
Pertandingan
Melukis Poster
TENTATIF PROGRAM PERTANDINGAN POSTER
KARNIVAL INTEGRITI DAN ANTI-RASUAH
(KIARA) 2014
26HB APRIL 2014
DEWAN KULIAH PUSAT KEDUA (DKP 21)
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
7.00
– 8.30 am : - Pendaftaran Peserta
- Sarapan
8.30 – 8.45 am: : - Bacaan Doa
-
Taklimat kepada para peserta
9.00-12.00
t/hari : Pertandingan Bermula
12.15 t/hari : Ulasan Juri
12.30 pm
: Makann Tengahari/Bersurai
Seramai 40 orang peserta yang
terlibat dalam pertandingan melukis poster sedang menunjukkan bakat dan
kreativiti mereka dalam melukis poster
Majlis
Penutupan
TENTATIF MAJLIS
PENUTUPAN
ATURCARA MAJLIS PENUTUPAN
KARNIVAL INTEGRITI DAN ANTI RASUAH
PERINGKAT NEGERI SABAH 2014
Bil
|
Masa
|
Tentatif
|
1.
|
1.30-2.00 p.m
|
Ketibaan peserta pertandingan dan hakim
|
2.
|
2.00-2.10 p.m
|
Ketibaan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah
|
3.
|
2.10-2.15 p.m
|
Ketibaan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah
Ybhg. Prof Datuk Dr Harun Bin Abdullah
|
4.
|
2.15-2.25 p.m
|
Nyanyian Lagu
·
Negaraku
·
Sabah Tanah Airku
·
Bertekad Cemerlang
|
5.
|
2.25-2.30 p.m
|
Bacaan Doa
|
6.
|
2.30-2.40 p.m
|
Ucapan Aluan Ketua Sekretariat Pencegahan Rasuah
Universiti Malaysia Sabah
|
7.
|
2.40-3.00 p.m
|
Ucapan dan Gimik Perasmian oleh Naib Canselor
Universiti Malaysia Sabah
|
8.
|
3.00-3.40 p.m
|
Majlis Penyampaian Hadiah
·
Pertandingan Melukis Poster
·
Pertandingan Nasyid
·
Pertandingan Pidato
·
Pertandingan Deklamasi Sajak
·
Pertandingan Buku Skrap
·
Pertandingan Dokumentari ‘Public Service
Announcement’.
·
Pertandingan Menulis Esei
|
9.
|
3.40-3.45 p.m
|
Penyampaian Cenderahati kepada Juri Pertandingan
|
10.
|
3.45-4.00 p.m
|
Minum Petang dan Bersurai
|
Peserta dan hadirin yang sedang menunggu
ketibaan VIP yang diundang
Ucapan perasmian oleh Ybhg Prof. Datuk Dr. Mohd
Harun Bin Abdullah
Ybhg Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Bin Abdullah
mendengar penerangan mengenai upacara gimik perasmian
Majlis penyampaian hadiah untuk semua
pertandingan yang dipertandingkan
Tetamu Jemputan iaitu Ybhg Prof.
Datuk Dr. Mohd Harun Bin Abdullah dan Ybhg Datuk Jame Bin Alip sedang melawat
tapak pameran.
VIP jemputan sedang minum petang di
DKP 14
Program ini adalah program yang
saban tahun akan diadakan oleh Sekretariat Pencegahan Rasuah UMS untuk
sekolah-sekolah di negeri Sabah ini bagi memperluaskan lagi isu rasuah dan juga
pentingnya nilai integriti di dalam kehidupan seseorang insan. Melalui karnival
ini, para pelajar yang menyertai pertandingan di bawah karnival ini akan dapat
mengembangkan lagi bakat mereka dengan penambah luasan informasi merka terhadap
masalah rasuah. Diharapkan program seumpama ini tidak hanya terbatas penyertaan
daripada pelajar sekolah bahkan terbuka kepada mahasiswa/i IPT di Sabah.
No comments:
Post a Comment