Nota Pencegahan Rasuah
2.0 Latar Belakang SPRM
2.2 Latar Belakang SPRM
✅ SEJARAH
Usaha pencegahan rasuah secara formal bermula pada tahun 1959 melalui sebuah unit kecil yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk menjalankan aktiviti pencegahan rasuah. Pada masa yang sama, siasatan kes rasuah dijalankan oleh Criminal Investigation Department (Special Crime) yang diletakkan di bawah Pasukan Polis DiRaja Malaysia. Manakala, pendakwaan kes-kes rasuah dikendalikan oleh Bahagian Pendakwaan di Ministry of Justice.
Memandangkan usaha-usaha pembanterasan rasuah dilaksanakan secara berasingan oleh agensi yang berlainan, kerajaan telah menggabungkannya di bawah satu bumbung dengan penubuhan Badan Pencegahan Rasuah (BPR) pada 1 Oktober 1967.
Pada 29 Ogos 1973, Akta Biro Siasatan Negara diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan itu BPR ditukarkan namanya kepada Biro Siasatan Negara (BSN).Tujuannya adalah bagi memberi lebih kuasa kepada BSN yang bukan sahaja terlibat menyiasat kes rasuah, bahkan kes-kes yang berkaitan dengan kepentingan negara.
Pada 13 Mei 1982, nama agensi in ditukarkan kembali kepada nama asal iaitu Badan Pencegahan Rasuah (BPR) apabila Akta Badan Pencegahan Rasuah 1982 diluluskan oleh Parlimen. Pertukaran tersebut bertujuan untuk mencerminkan dengan lebih tepat peranan badan itu sebagai sebah institusi yang dipertanggungjawabkan khusus untuk mencegah jenayah rasuah.
Seterusnya, pada tahun 2008, Parlimen bersetuju agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditubuhkan bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan agensi itu. Ia juga untuk memperbaiki persepsi masyarakat terhadap kebebasan dan ketelusan SPRM dalam pelaksanaan fungsi-fungsinya.
SPRM mula beroperasi pada 1 Januari 2009 dan majlis pelancarannya diadakan pada 24 Februari 2009. Turut dibentuk adalah lima mekanisme 'check and balance' yang diwujudkan secara perundangan dan pentadbiran bagi memantau SPRM dalam melaksanakan tugasnya.
SEJARAH PENUBUHAN SPRM
1959 - Unit Pencegahan Rasuah Jabatan Perdana Menteri
- Criminal Investigation Department (Special Crime) Polis DiRaja Malaysia
- Bahagian Pendakwaan di Ministry of Justice
1967 - Badan Pencegahan Rasuah (BPR)
1973 - Biro Siasatan Negara (BSN)
1982 - Badan Pencegahan Rasuah (BPR)
2009 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
✅ BEZA SPRM DAN BPR
Penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukan sekadar perubahan nama daripada Badan Pencegahan Rasuah (BPR). Terdapat banyak penambahbaikan daripada segi struktur dan operasinya.
Perbezaan utama adalah kewujudan Lima badan bebas yang memantau perjalanan operasi SPRM secara keseluruhannya.
...........................................................................................................................................................
SPRM merupakan satu-satunya entiti penguat kuasa di negara ini yang diawasi oleh lima 'badan pemantau' yang bebas dan profesional.
Malahan, tiada entiti penguat kuasa yang perlu memberi penjelasan berhubung sesuatu operasi siasatan kepada badan bebas sebagaimana SPRM. kewujudan lima badan pemantau ini membuktikan kebebasan, ketelusan dan profesionalisme SPRM dalam melaksanakan tugasnya.
.....................................................................................................................................................
Selain itu, Akta SPRM 2009 turut memperuntukkan kuasa-kuasa tambahan dalam siasatan dan pendakwaan kepada SPRM bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan.
SPRM dipantau rakyat
" Lima badan pemantau yang mengawasi SPRM ditubuhkan melalui peruntukan undang-undang dan secara pentadbiran.
Seramai 46 ahli mengganggotainya dan mereka merupakan individu yang dipilih kerana integriti dan kepakaran dalam bidang masing-masing. Mereka mewakili rakyat Malaysia bagi memastikan SPRM menjadi sebuah suruhanjaya yang bebas, telus dan profesional."
...................................................................................................................................................
__________________________________________________________________________________
Dapatkan
maklumat menarik dari Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia
Sabah (SPR UMS) seperti variasi info mengenai rasuah, program-program
yang dianjurkan, serta maklumat terkini SPRM di:
Telegram Channel Broadcast: https://telegram.me/sprums
Facebook : www.facebook.com/spr.ums.sprm
Faceboo Like Page : www.facebook.com/sprums
Google+ : www.plus.google.com/+SPRUMSUMS
Blog : sprums-ums@blogspot.com
Twitter : www.twitter.com/sprums
Instagram : www.instagram.com/sprums
Youtube : www.youtube.com/user/sprumsums
Tumblr : www.sprums.tumblr.com
Flickr : Sekretariat Pencegahan Rasuah UMS www.flickr.com/people/137520205@N08/
No comments:
Post a Comment