WATIKAH PERLANTIKAN DAN PENGHARGAAN
SEKRETARIAT PENCEGAHAN RASUAH
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2014/2015
ANJURAN :
SEKRETARIAT PENCEGAHAN RASUAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
PADA :
02 JUN 2014 (ISNIN)
TEMPAT:
KAFE D’ SIREH
BANGUNAN CANSELORI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
DENGAN KERJASAMA :
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA NEGERI SABAH
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
TEMA: “Pelajar Berjati Diri, Mahasiswa Berintegriti, Rasuah Dihindari”
PENDAHULUAN
Majlis Watikah Perlantikan dan Penghargaan Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Sabah ini adalah sebagai salah satu cara dan ruang bagi semua ahli sekretariat untuk merapatkan silaturahim antara ahli selain ingin menanam dan memupuk konsep silaturahim di dalam setiap ahli sekretariat. Selain itu juga, melalui majlis ini ianya sekaligus dapat memupuk sifat dan ikatan kekeluargaan yang amat penting dalam sesuatu organisasi.
OBJEKTIF
Di antara objektif yang ingin dicapai oleh Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Sabah adalah seperti berikut:
1. Membentuk sahsiah diri dalam kalangan ahli sekretariat tidak kiralah dalam aspek rohani, jasmani mahupun intelek.
2. Menghargai jasa dan sumbang bakti yang telah disumbangkan oleh ahli sekretariat bagi sesi 2013/2014.
3. Sebagai pendedahan kepada ahli sekretariat dalam acara-acara formal.
4. Memberi watikah lantikan kepada ahli pengurusan dan anggota yang baru bagi sesi 2014/2015.
PENGLIBATAN PELAJAR
Program yang diadakan selama satu hari ini melibatkan kesemua rakan sekteriat dan juga anggota Sekretariat Pencegahan Rasuah UMS yang terdiri daripada 3 kampus iaitu Kampus Induk, Kampus Antarabangsa Labuan dan juga Fakulti Pertanian Lestari. Secara keseluruhannya, jumlah penglibatan ahli SPRUMS dari ketiga-tiga kampus ini dapat dilihat seperti jadual dibawah:
Bil
|
Kampus
|
Jumlah Penyertaan
|
1.
|
Induk (UMS Kota Kinabalu)
|
22 orang
|
2.
|
Fakulti Pertanian Lestari
(Sandakan)
|
24 orang
|
3.
|
Antarabnagsa Labuan (UMS-KAL)
|
24 orang
|
4.
|
JUMLAH KESELURUHAN
|
70 ORANG
|
IMPAK/ HASIL PROGRAM
Impak dan hasil penganjuran program ini adalah dilihat daripada tujuan dan objektif program ini diadakan. Antara kesan dan impak yang berjaya kami dapat adalah:
1. Semua ahli sekretariat dapat membentuk sahsiah diri yang seharusnya dibentuk dalam pengurusan sesebuah organisasi.
2. Sijil penghargaan bagi ahli sekretariat yang lama telah diberikan dengan jayanya.
RUMUSAN
Program ini adalah program khas kepada barisan kepimpinan Sekretariat Pencegahan Rasuah UMS dan dijalankan dengan jayanya sekaligus menampakkan impak positif daripada barisan kepimpinan pelajar pada kali ini. Diharapkan program seumpama ini bakal dilaksanakan dan terbuka kepada pelajar-pelajar lain.
GAMBAR AKTIVITI
Para jemputan ahli sekretariat Fakulti
Pertanian Lestari dan Kampus Antarabangsa Labuan mengambil tempat
Ucapan perasmian oleh Ybhg Datuk Hj
Kassim Bin Hj Md Mansur
Majlis penyampaian watikah perlantikan
barisan organisasi Sekretariat Pencegahan Rasuah UMS bagi sesi pengajian
2014/2015
Setelah majlis penyampan watikah
dijalankan, bacaan ikrar oleh Ketua Sekretariat SPRUMS sesi 2014/2015 dibacakan
oleh Saudara Muhammad Halif Rizwaan Bin Zorkan.
Makan Tengahari setelah bacaan ikrar
dibacakan oleh Ketua Sekretariat yang baru.
Bergambar Kenangan bersama sebahagian
ahli sekretariat dengan alumni sesi 2013/2014
video korperat
No comments:
Post a Comment