Lama juga admin tak update blog SPRUMS ni. Hari ni admin nak cerita tentang satu perkara yang admin dengar disuatu tempat yang perlu dirahsiakan. Situasi di pejabat dan kedai makan. Abu adalah seorang kontraktor binaan. Rosnah pula adalah seorang kerani kewangan disalah sebuah syarikat.
Abu : Jom makan. Lapar la. Buat kerja banyak-banyak
pun tak ada rehat...susah juga. Jom kita makan sama-sama
Rosnah : Ye la. Jom. Saya pun lapar juga ni. Kita makan kat gerai bawah
office saja la k. Sedap juga gerai kat bawah tu.
Abu : Ok je. Mana-mana pun boleh. Janji dapat ngappp....hehehe.
Rosnah : Heehehe.
Selepas makan, mereka ke kaunter bayaran.
Rosnah : Kak, berape ye? Em. Tadi saya makan nasi putih, sup tulang
dan air jus tembikai.
Abu : Eh. Tak ape-ape. Biar saya yang bayar. Biar saya belanja awak
hari ni, ok?
Rosnah : Eh. Tak ape la. Biar saya yang bayar harga makanan saya.
Susah-susahkan awak saja.
Abu : Tak ape. Sekali-sekala saja. Bukannya selalu. Lagipun dapat
rezeki lebih. Apa salahnya kita kongsi dengan kawan-kawan
...kan?
Rosnah : Yeke. Tak ape la kalau macam tu. Terima kasih ye.
(Dalam hati : Kalau tahu dia nak belanja aku makan. Aku
ambik lauk banyak sikit tadi. Dah alang-alang..kan..hehehe)
Abu : Hahaha..sama-sama. Em, kak. Berapa ye semua??
Tauke Kedai : Baiknya awak. Em. semua sekali RM30.00 saja.
Abu seringkali belanja Rosnah makan setiap kali Abu datang ke pejabat Rosnah. Rosnah pula seperti sudah biasa dengan situasi tersebut. Pada suatu hari....
Abu : Em..Rosnah. Payment saya tu macam mana ar? Dapat ke?
Rosnah : Ow. Dapat cuma lambat sikit la sebab kita kena ikut prosedur.
Kena tunggu sebulan juga la untuk keluar payment. Lagipun
pegawai yang beri kelulusan tak ada. Dia pergi kursus. Minggu
depan baru ada.
Abu : Yeke. Lambat juga tu. Kalau tak tunggu pegawai tu tak boleh
ke? Lagipun pegawai tu cerewet la. Dah banyak kali payment
saya tak lepas. Katanya maklumat yang saya beri tak lengkap.
Lagipun dia tak berapa suka saya. Selalu tuduh saya tak ikut
prosedur untuk dapatkan tender. Tak suka la dia tu. Rumit
sangat. Rosnah..tolong la saya. Cepatkan payment tu. Nanti
saya belanja awak makan, ok? Saya bawa awak makan kat
restoran di hotel sana tu, Ok?
Rosnah : Pegawai tu memang macam tu. Cerewet sikit. Tak apa la.
Disebabkan awak selalu belanja saya makan. Saya tolong
cepatkan payment awak, ok. Saya akan pastikan dua tiga
hari lagi payment awak tu keluar. Jangan risau, ok? Saya
boleh uruskan.
Abu : Tapi pegawai yang beri kelulusan tu tak ada kan? Macam mana?
Rosnah : Tak apa. Jangan risau. Saya boleh uruskan. Pandai-pandailah
saya uruskan nanti. Janji awak belanja saya makan. Hehe.
Abu : Boleh..boleh..boleh. Jangan risau. Saya belanja awak
makan punya la. Cakap je kat mana.
Rosnah : Hahaha....ok.
.
.
.
.
.
Oppssssssssss....ini dah jadi rasuah ni. Walaupun Abu hanya belanja Rosnah makan tetapi ia tetap dikategorikan memberi dan menerima rasuah. Rasuah tu kan dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut.
.
.
Jadi kepada kakitangan kerajaan mahupun swasta, jangan la menerima rasuah atau sesuatu untuk kepentingan diri sendiri. Tak kira baik mana pun orang itu tetapi kalau hampir memusnahkan kerjaya anda, lebih baik jauhkan.
Jadi KATAKAN TIDAK PADA RASUAH!!!
No comments:
Post a Comment