Tuesday, October 1, 2013

Bengkel Jom Kenali SPRUMS



Assalammualaikum, Salam Sejahtera, Salam Integriti dan Anti Rasuah.

Telah pun masuk bulan Oktober. Terasa begitu cepat masa berlalu. Kita sudah masuk minggu ke-4 dalam semester ini. Bermulanya bulan Oktober, bermulalah juga kesibukan Sekretariat Pencegahan Rasuah UMS dalam mengendalikan beberapa lagi program yang akan dijalankan dalam bulan ini, bulan November serta Disember.

Mari kita urai sedikit mengenai program yang bakal dilakukan hujung minggu ini. Alhamdulillah setelah ditemuduga, dinilai dan diuji, beberapa pelajar yang terpilih telah Berjaya menjadi Rakan Sekretariat SPRUMS. Tahniah diucapkan kepada Rakan-rakan Sekretariat yang baru dilantik.

Untuk rakan2 sekretariat yang baru dilantik, program khas akan dilaksanakan untuk mereka iaitu Bengkel Jom Kenali SPRUMS yang akan berlangsung pada 5 & 6 Oktober ini. Bengkel ini bukan hanya melibatkan kampus induk, tetapi juga melibatkan SPRUMS dari Kampus Sandakan dan Kampus Labuan. Di sini, cara-cara mengendalikan program, berurusan bersama pihak atasan, cara menulis surat, cara meminta sumbangan dan penaja, dan bermacam-macam lagi akan dikongsi kepada mereka. Selain itu, dapatlah juga kita memupuk nilai-nilai murni seperti menjalinkan ukhwah sesama kita, mencungkil bakat-bakat kepimpinan yang sebelum ini tidak ditonjolkan serta bermacam lagi yang pasti dapat dipelajari dari bengkel ini. Harapan itulah yang kita mahu.



Selain itu, slot-slot ceramah bersama SPRM turut diadakan. Dengan itu, sedikit sebanyak, Rakan Sekretariat dapat mengenali dengan mendalam apa itu rasuah, jenis-jenis kesalahan rasuah, cara-cara melapor rasuah dan pelbagai lagi pengetahuan yang bakal dikongsikan nanti oleh pegawai-pegawai SPRM Negeri Sabah.





Antara barisan-barisan Rakan Sekretariat yang telah melepasi sesi temuduga dan secara rasminya menjadi Rakan Sekretariat SPRUMS mengikut sektor.
 


Semoga program yang bakal dijalankan ini berjalan lancar. Bersama kita membanteras rasuah. Anda boleh melakukan perubahan.

P/S: "UKHWAH DIJALIN, SEMANGAT DIPIMPIN, RASUAH JANGAN DIBIKIN"

Friday, September 27, 2013

Program Jom Kenali SPRUMS

Assalammualaikum. Salam Sejahtera. Salam 1 Malaysia. Salam Anti Rasuah dan Salam Eco-Campus.


Seperti biasa, bermulanya semester baru, pelajar akan bersilih ganti memasuki ke alam universiti serta ada juga yang telah menghabiskan pengajian. Begitu juga dengan pelajar-pelajar di Universiti Malaysia Sabah. Disebabkan itu, kami, Sekretariat Pencegahan Rasuah UMS telah membuka pengambilan baru Rakan Sekretariat di bawah Program Jom Kenali SPRUMS pada 17-19 September yang lepas. Program ini adalah bagi pelajar-pelajar yang ingin mengaktifkan diri, mengasah kemahiran insaniah dan menimba banyak pengalaman di kampus ini.

Feedback yang kami terima dari pelajar-pelajar agak memberangsangkan terutamanya dari pelajar tahun pertama dan kedua.

Suasana sekitar booth kami yang telah dibuka di luar Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah.


  

 Selepas Program Jom Kenali SPRUMS berakhir, sesi temuduga telah dibuka pada minggu berikutnya untuk mereka yang telah mengisi borang sebagai Rakan Sekretariat. Sesi temuduga dijalankan selama seminggu di Pejabat SPRUMS sendiri.

 

Diharapkan semoga semua yang terpilih menjadi Rakan Sekretariat SPRUMS dapat memberikan komitmen kerja yang mantap dan dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan :) Sebagai pelajar IPT, haruslah kita pandai membahagi masa. Belajar dan aktiviti-aktiviti lain perlu berjalan seiring.

P/S: Segala apa yang kita lakukan, bermula dari diri kita sendiri. Jika kita fikir kita dapat melakukan, tiada apa yang dapat melumpuhkan pemikiran kita itu :)

Wednesday, September 25, 2013

Info ringkas tentang SPR IPT dan SPRUMS

Assalammualaikum, salam sejahtera, salam integriti dan anti rasuah.

Objektif SPR IPT:

1. Menerapkan nilai anti rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan di kalangan pelajar IPT.
2. Mendedahkan pelajar-pelajar IPT kepada program-program pencegahan rasuah.
3. Menjadikan pelajar-pelajar IPT sebagai penyampai mesej anti rasuah kepada masyarakat kampus dan luar kampus.
4. Meningkatkan kesedaran dan penghayatan terhadapa nilai-nilai integriti semasa menjalankan tugas.
5. Mendidik dan mendedahkan pelajar-pelajar IPT kepada pelaksanaan program-program kemasyarakatan yang menekankan kepada penghayatan nilai-nilai murni.
6. Mewujudkan pusat rujukan ilmiah mengenai kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan serta peranan SPRM dalam menangani jenayah ini.
7. Meningkatkan kerjasama dua hala antara SPRM dan IPT.

Peranan SPR IPT:

1. Menyelaraskan urusan yang berkaitan dengan pelaksanaan program pencegahan rasuah sama ada yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau badan-badan pertubuhan pelajar. Ini termasuk penyelarasan bagi mendapatkan penyertaan masyarakat kampus atau hebahan makluman program.

2. Memberi panduan dan informasi mengenai cara-cara pengendalian program-program pencegahan rasuah dan menyampaikan maklumat-maklumat aktiviti yang dianjurkan.

3. Menjadikan organisasi perantara di antara Bahagian Hal Ehwal Pelajar, IPT, SPRM dan pelajar di dalam pelaksanaan program-program pencegahan rasuah.

4. Mewujudkan suasana ceria SPR dengan kelengkapan peralatan publisiti seperti banting, logo, pelekat, risalah dan lain-lain bahan penerbitan.

5. Menjadikan pejabat Urusetia SPR sebagai pusat aktiviti masa lapang pelajar-pelajar peringkat kampus.


Visi SPRUMS:

Menjadi peneraju utama untuk mencapai kesedaran terhadap anti-rasuah dan nilai integriti dalam pembangunan mahasiswa dan masyarakat penyayang sebagai asas pembentukan sebuah negara maju yang terbilang.

Misi SPRUMS:

Mengintegrasikan perspektif mahasiswa dan masyarakat ke dalam arus perdana pembangunan negara ke arah peningkatan kesedaran terhadap rasuah dan nilai integriti.

Moto SPRUMS:

"Profesionalisme, Kredibiliti dan Bekerja Berpasukan Adalah Budaya Kerja Kita".

 
Barisan Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Sabah

Tuesday, April 2, 2013

Konvensyen SPR IPT kali Ke 3 -Hari Kedua-


Assalammualaikum. Alhamdulillah selesai sudah hari pertama Konvensyen SPR IPT kali Ke 3 pada 31 Mac 2013 yang lepas. Pada hari kedua Konvensyen berlangsung iaitu pada 1 April 2013, Majlis Perasmian Konvensyen SPR IPT Kali Ketiga telah dilancarkan dan dirasmikan oleh YBhg. Dato' Sri Haji Abu Kassim bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya SPRM diiringi oleh Prof. Datuk Dr. Mohd Harun bin Abdullah, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah.

Ucapan alu-aluan oleh Prof. Datuk Dr. Mohd Harun bin Abdullah, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah.

 Ucapan perasmian oleh YBhg. Dato' Sri Haji Abu Kassim bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya SPRM.



 Ucapan Perasmian oleh YBhg. Dato' Sri Haji Abu Kassim bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya SPRM.

 YBhg. Dato' Sri Haji Abu Kassim bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya SPRM membuat lawatan ke tapak pameran diiringi oleh Prof. Datuk Dr. Mohd Harun bin Abdullah, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah.

  
Sesi Bergambar bersama YBhg. Dato' Sri Haji Abu Kassim bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya SPRM diiringi oleh Dato Hjh Sutinah bt. Sutan, Timb. Ket Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM dan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr Mohd Harun bin Abdullah serta barisan mahasiswa/mahasiswi IPTA.

Lagi Gambar; KLIK SINI.

Program diteruskan dengan pembentangan Kertas Kerja 1 oleh En. Mohd Izwan bin Shahril, Alumni SPR IPT dengan membentang tentang Halatuju Alumni SPR IPT. Pembentangan beliau memfokuskan tentang hala tuju Alumni SPR IPT berdasarkan akronim A.S.P.E.R.A yang membawa maksud;

A - ASPIRASI Alumni untuk bersama-sama SPRM dalam usaha menerapkan nilai anti rasuah, penyalahgunaan nilai anti rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan masyarakat berkaitan gejala rasuah di Malaysia.

S - SENTIASA BERSEDIA dalam melaksanakan program yang dirancang sama ada dari pihak SPRM, ASpeRa dan SPR IPT.

P - PERANAN Alumni sebagai 'key-communicator' kepada masyarakat dalam menyebarkan maklumat berkaitan gejala rasuah.

E - EMPATI terhadap tugas SPRM sekaligus bersama-sama dalam mencegah gejala rasuah demi kesejahteraan negara.

R - RESPONSIF terhadap isu semasa dan sentiasa memberikan kerjasama dalam membantu menyebarkan maklumat berkaitan rasuah.

A - Mempunyai nilai AKAUNTABILITI dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan mengikut undang-undang dan peraturan.


Pembentangan oleh En. Mohd Izwan bin Shahril.

 
 Penyampaian cenderahati kepada En. Mohd Izwan bin Shahril, Pembentang Kertas Kerja 1.
Pensyarah Fakulti Sains Sukan & Kejurulatihan, Universti Pendidikan Sultan Idris 
merangkap Presiden Alumni SPR-IPT.

Kertas Kerja 2 dibentangkan oleh Encik Mohd Ayub Yakub dari Institut Latihan Sektor Awam Negeri Sabah. Topik yang dibincangkan ialah Pemantapan Integriti Sebagai Jatidiri Mahasiswa Menghadapi Era Baru.

Pembentangan oleh Encik Mohd Ayub Yakub.

Penyampaian cenderahati kepada Encik Mohd Ayub Yakub, Pembentang Kertas Kerja 2.

Seterusnya, selesai sahaja Pembentangan Kertas Kerja 1 dan Kertas Kerja 2, peserta-peserta berkumpulan membuat persiapan untuk Pertandingan Kreatif Anti-Rasuah pada malam harinya.

Peserta-peserta berbincang di dalam kumpulan untuk Pertandingan Kreatif Anti Rasuah.

 Masing-masing sibuk berlatih untuk kelancaran persembahan masing-masing untuk Pertandingan Kreatif Anti Rasuah.

Aktiviti pada 1 April 2013 sesi petang berakhir pada jam 4.30 p.m. sebelum peserta-peserta diminta bergerak ke Hotel Grand Borneo pada malamnya untuk Majlis Makan Malam dan Pertandingan Kreatif Anti Rasuah.

Monday, April 1, 2013

Konvensyen SPR IPT kali Ke 3 -Hari Pertama-

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Telah berlangsung Konvensyen SPR IPT kali Ke 3 yang bermula pada 31 Mac 2013.

Ketibaan peserta-peserta dari Universiti di seluruh Malaysia dan pegawai-pegawai pengiring telah dijemput di Kota Kinabalu International Airport Terminal 1 dan Terminal 2 oleh ahli-ahli jawatankuasa yang terlibat. Penerbangan yang pertama ialah pada jam 9.45 a.m. dan berakhir pada jam 6.40 p.m.




Sesi pendaftaran peserta-peserta dan pegawai-pegawai pengiring serta pendaftaran penginapan.


Peserta dari Universiti Sains Islam Malaysia, Negeri Sembilan.


Antara Ahli Jawatankuasa yang bertugas menjemput ketibaan peserta bergambar bersama tiga peserta dari Universiti Malaysia Pahang serta Ketua Sekretariat Universiti Malaysia Sabah turut juga turun padang.



Sesi pendaftaran Taklimat Program dan Konvensyen oleh Urusetia yang bertempat di Dewan Galeri Majlis, Bangunan Canselori, UMS.

Bahagian pameran.

Sesi malam dipenuhi dengan aktiviti berkumpulan/ice breaking yang terdiri daripada 5 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai identiti sendiri. Antara aktiviti-aktivitinya ialah;
1) Peserta dikehendaki mencari ahli kumpulan melalui bunyi haiwan.
2) Peserta dikehendaki mencipta sebiji topi berdasarkan identiti setiap kumpulan.
3) Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan nama kumpulan, tagline, moto, policy, logo dan hasil kreativiti kumpulan masing-masing (topi).
4) Mencipta karangan sebanyak 30 patah perkataan di mana setiap perkataan bermula dengan huruf 'J' dan diterjemah dengan lakonan.


Sesi perbincangan di dalam kumpulan.

Antara kumpulan yang membentangkan nama kumpulan, tagline, moto, policy, logo dan hasil kreativiti kumpulan mereka.

Aktiviti pada hari pertama iaitu pada 31 Mac 2013 diakhiri dengan jamuan ringan/minum malam pada jam 10 malam.